Tidak dinafikan, YouTube kini merupakan satu cabang untuk menentukan kejayaan sesebuah video yang paling popular saat ini.

Kali ini MH ingin berkongsi dengan korang 4 video di YouTube yang mendapat ‘dislike’ lebih banyak dari like.

Tapi, kena ingat lagu tersebut sebenarnya mendapat tontonan yang banyak tau dan kesemuanya menjadi trending.

Jom MH kongsikan pada anda empat lagu yang mendapat dislike terbanyak. MH kongsikan dua antarabangsa, dua lagu tempatan. Mana fav you alls?

1.Rebecca Black – Friday

Like : 757K    Dislike : 2M

Video muzik berjudul Friday yang dinyanyikan oleh Rebecca Black ini termasuk salah satu video YouTube dengan dislike terbanyak.

Ini disebabkan isi video yang banyak mengecewakan, bermula dari lirik lagu yang pelik, penggunaan auto-tune berlebihan, dan unsur-unsur pelik lain yang diperlihatkan di dalam video tersebut.

Namun, video ini telah mencapai jumlah tontonan 30 juta kali hanya dalam masa seminggu setelah ianya dimuat naik!

 

IKLAN

2. Justin Bieber – Baby

Like : 7M    Dislike : 8M

Video muzik ini dinyayikan penyanyi kacak, Justin Bieber berduet dengan Ludacris.

Lagu yang berjudul Baby ini berada di puncak teratas di laman YouTube dengan dislike terbanyak!

Banyak yang menilai pada lagunya, Bieber terdengar seperti seorang remaja perempuan yang menyanyi dan pada muzik lagunya juga mempunyai lirik lagu yang dianggap mempunyai banyak kekurangan.

IKLAN

Em, itukan zaman Bieber belasan tahun. Sekarang Bieber digilai para wanita dengan suaranya macho dan tontonan lagu tersebut setakat ini sudah mempunyai 1.7 Billion!

 

3. Delladellon- Persia

Like : 1K Dislike : 26 K

Haa bercerita lagu ni pasti korang menyangka penyanyi yang bernama Delladellon ini seorang remaja lelaki kan? Sebenarnya tidak.

IKLAN

Dek kerana kecelaruan identiti itu, penyanyi yang mencipta nama menerusi lagu Persia ini mendapat perhatian ramai sehingga video klip lagu tersenarai dalam carta trending di YouTube Malaysia walaupun mendapat banyak dislike.

 

4. Abang Nak Tegur- Aliff Syukri & Nur Sajat

Like : 24k Dislike : 262 k

Pengasas kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mendapat banyak betul dislike untuk lagu terbaharunya duet bersama Nur Sajat yang berjudul Abang Nak Tegur sejak ia dimuat naik di laman Youtube.

MH dengar cerita lagu ini mendapat dislike disebabkan rakan duetnya. Betul ke?

Namun, video lirik yang di muat naik di Youtube pada 23 November lalu itu kini telah trending di laman tersebut!

MH rasa lagu yang mendapat dislike sebebarnya lebih mendapat perhatian daripada yang tidak mendapat respon daripada peminat muzik kan.

Lihat sajalah empat lagu MH kongsikan ni, semua trending.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI