4 Kucing Popular Di Media Sosial, Kalah Selebriti!

Kalau korang perasan zaman moden ni, kucing pun dah ada akaun media sosial sendiri.

Malah follower kucing-kucing ini lebih banyak daripada selebriti! Kalah artis chuolls!

Ok jom MH nak tunjuk kat korang kucing selebriti mana lah agaknya yang popular mengalahkan artis tu.

 

1. Bujibu Chempel

Kucing comel ini adalah milik kepada pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha dan mempunyai followers di Instagram seramai 1.1 juta pengikut.

IKLAN

 

2. Dodi atau Kucing Ajaib

Dodi merupakan seekor kucing yang berasal dari Afrikan dan berbala Savannah. Tuan kepada Dodi atau nama Instagramnya, Kucing Ajaib ini adalah milik kepada pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri. Dodi mempunyai seramai 19.1 ribu follower di Instagram.

 

3. Pandarudin

IKLAN

Ha kucing yang bernama Pandarudin ini adalah milik kepada pelakon popular, Yana Samsudin. Pandarudin juga popular di Instagram dan jumlah pengikutnya melebihi daripada 22,000 orang. Fuh kalah artis!

 

4. Beshetik

Kucing comel dan gebu ini merupakan kucing peliharaan kepada pelakon wanita popular, Zara Zya. Fuh comel betul MH tengok Beshetik ni jadi tak pelik lah followers dia di Instagram melebihi 26,000 pengikut.

Kan MH dah cakap populariti kucing-kucing ni semua kalah artis chuolls!