Uncategorized

4 Juta Tontonan, Video Melly Goeslaw Berangkat ke Palestine Buat Orang Sebak!

Share

Sebak apabila MH menonton video yang dikongsi penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslaw yang sedih meninggal suami dan anak- anak tercinta demi memberi bantuan buat pelarian di sempadan Syria.

Video tersebut telah ditonton lebih empat juta tontanan yang rata-rata turut bersedih melihat Melly berpelukan dengan suami tercinta sebelum berangkat.

“Selamat tinggal sejenak kekasih kekasih surgaku @antohhoed @alehoed @mannamedhoed , saudara Palestinaku memanggil, doakan kami bisa lancar menyampaikan amanah bantuan yang dititipkan pada kami, kembali ke tanah air dan keluarga serta sahabat dalam keadaan tidak kurang suatu apapun.” tulisnya di laman tersebut.

Seperti kita sedia maklum, Syria adalah negara yang dipenuhi konflik sejak berzaman, tidak pernah berdamai. Dipenuhi darah dan air mata. Pastinya pemergiaan Melly ke sana turut mengundang bahaya ke atas dirinya.

Untuk pengetahuan, Melly merupakan salah seorang Duta Kemanusiaan Indonesia ke Palestin bersama beberapa orang lain, termasuk penyanyi dan pencipta lagu, Aunur Rofiq Lil Firdaus atau lebih dikenali sebagai Opick.

Perkongsian itu mendapat pujian daripada netizen. Malah mereka merasa bangga dan kagum dengan Melly. Dalam masa sama, mereka mendoakan keselamatan dan kelancaran kedua penyanyi itu.

Menurut Melly, dia mampu menjejak kaki hingga ke Syria kerana sudah takdir dan kehendak Allah SWT. Dia juga berkata sekiranya Allah membenarkan pulang, maka dia akan pulang. Kalau tidak, itu adalah ketentuanNYA.

Terbaru, Melly telah berkongsi bahawa dia kini sudah selamat sampai di Indonesia tanpa sebarang masalah. Dia turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan permergianya disana.

MH turut berbangga dengan sikap prihatin Melly yang sanggup mengorbankan nyawa demi membantu sesama muslim disana.

Jom #MHBelanjaGambar dan video sepanjang Melly berada di bumi Palestine.

IKLAN