Sebak apabila MH menonton video yang dikongsi penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslaw yang sedih meninggal suami dan anak- anak tercinta demi memberi bantuan buat pelarian di sempadan Syria.
Video tersebut telah ditonton lebih empat juta tontanan yang rata-rata turut bersedih melihat Melly berpelukan dengan suami tercinta sebelum berangkat.
“Selamat tinggal sejenak kekasih kekasih surgaku @antohhoed @alehoed @mannamedhoed , saudara Palestinaku memanggil, doakan kami bisa lancar menyampaikan amanah bantuan yang dititipkan pada kami, kembali ke tanah air dan keluarga serta sahabat dalam keadaan tidak kurang suatu apapun.” tulisnya di laman tersebut.
Seperti kita sedia maklum, Syria adalah negara yang dipenuhi konflik sejak berzaman, tidak pernah berdamai. Dipenuhi darah dan air mata. Pastinya pemergiaan Melly ke sana turut mengundang bahaya ke atas dirinya.
Untuk pengetahuan, Melly merupakan salah seorang Duta Kemanusiaan Indonesia ke Palestin bersama beberapa orang lain, termasuk penyanyi dan pencipta lagu, Aunur Rofiq Lil Firdaus atau lebih dikenali sebagai Opick.
IKLAN
Perkongsian itu mendapat pujian daripada netizen. Malah mereka merasa bangga dan kagum dengan Melly. Dalam masa sama, mereka mendoakan keselamatan dan kelancaran kedua penyanyi itu.
Menurut Melly, dia mampu menjejak kaki hingga ke Syria kerana sudah takdir dan kehendak Allah SWT. Dia juga berkata sekiranya Allah membenarkan pulang, maka dia akan pulang. Kalau tidak, itu adalah ketentuanNYA.
Terbaru, Melly telah berkongsi bahawa dia kini sudah selamat sampai di Indonesia tanpa sebarang masalah. Dia turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan permergianya disana.
MH turut berbangga dengan sikap prihatin Melly yang sanggup mengorbankan nyawa demi membantu sesama muslim disana.
Jom #MHBelanjaGambar dan video sepanjang Melly berada di bumi Palestine.
Tahniah diucapkan kepada pelakon Rashidi Ishak yang kembali bergelar suami apabila selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan hati yang juga pengarah drama, Wan Hasliza...
Penyanyi Mas Idayu akhirnya membuka mulut untuk memberikan komen terhadap persembahan duo Sissy Imann dan Naim Daniel di pentas akhir Famili Duo yang berlangsung...
Susulan insiden hangat membabitkan komennya terhadap salah satu finalis Famili Duo, Sissy Imann dan Naim Daniel, juri tetapnya Mas Idayu tampil memberikan penjelasan.
Mas Idayu...
Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa tampil melakukan kerjasama istimewa Naeloar (Naelofar Kindness Box) bersama OrphanCare Foundation khusus bagi memberikan perlindungan kepada bayi yang...
Anak sulung pelakon Anzalna Nasir, Mohamad Eidrees dipuji ramai kerana keberaniannya yang tidak gayat, sebaliknya teruja untuk mencuba tarikan terbaharu yang terdapat di Dubai...
Walaupun pernah berhadapan detik paling 'pahit' dalam kerjaya seninya, namun ia tidak mematahkan semangat penyanyi Sissy Imann untuk terus melebarkan sayapnya dalam bidang tersebut.Mengakui...