Kecoh awal malam tadi apabila penyanyi dangdut, Sheeda memuat naik video dirinya yang seakan ‘terjah’ mahu bersemuka dengan selebirti, Ifa Raziah di sebuah tempat letak kereta menerusi Instagram.

Ibarat sudah pendam rasa geram sejak sekian lama, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Angkat Kaki itu turut menulis kapsyen pedas terhadap Ifa berhubung insiden tersebut.

“Semua Orang Ko Canang Cerita Memburuk2kan Aku,” – ‘Amukan’ Sheeda Pada Ifa Raziah Di Tempat Letak Kereta!

“Bersemuka tak berani pulak,perempuan plastik..suka buat hal..kena bg pengajaran supaya dia insaf..
Pandai pulak ko lari dan buat2 tak nampak,belakang aku.

 

“Semua orang ko canang cerita memburuk2kan aku..Sekarang biar semua org tahu kau penakut!!!!!
Penipu!!!!Ini jawapannya,” tulisnya sambil disertai dengan tanda palang #PerempuanPropa.

Serentak dengan posting yang telah dimuat naik, video yang sudah pun menjadi tular itu mendapat reaksi berbelah bahagi di kalangan peminat.

IKLAN

“Semua Orang Ko Canang Cerita Memburuk2kan Aku,” – ‘Amukan’ Sheeda Pada Ifa Raziah Di Tempat Letak Kereta!

Malah ada yang tidak bersetuju apabila insiden tersebut dirakam, dipercayai dilakukan anak Sheeda, penyanyi Bienda.

IKLAN

Pada masa sama, ada juga yang berpandangan, ‘serangan’ dilakukan Sheeda itu tidak lebih sebagai gimik.

Terdahulu, kedua-dua selebriti tersebut difahamkan turut mengikuti majlis ramah mesra dan minum petang bersama Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad ke V, di Istana Negara, petang tadi.

IKLAN

Ikuti sedutan video yang dimuat naik.

Foto: Instagram Sheeda

https://www.instagram.com/p/BlDYTijFaEh/?hl=en&taken-by=sheedadangdutofficial

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI