Dalam ramai yang memuji gaun perkahwinan dengan kain layah paling ‘in’ rekaan Ralph Lauren buat Priyanka Chopra baru-baru ini, jangan dilupa menerusi perkahwinan yang diadakan dalam tradisi Hindu pula, persalinan merah cilinya juga tak kalah gaya.
Cantik terletak pada badan penyandang status Ratu Dunia 2000 ini.
Hasil rekaan pereka terkenal India, Sabyasachi, skirt istimewa yang dikenali sebagai lehenga itu diilhamkan daripada kreativiti tradisi yang disuntik dengan elemen Barat.
Hubungan pasangan rapper, Cardi B dan Offset yang retak menanti belah kini telah berakhir sepenuhnya.
Kisahnya, cubaan Offset untuk mengadakan hubungan ‘threesome’ dengan dengan teman wanita simpanannya dan rapper lain, Cuban Doll kantoi apabila pesanan ringkas tersebut tersebar.
Saat Cardi mengetahui mengenai perkara itu, dia akhirnya mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka.
Sumber rapat Cardi mengatakan bahawa Cardi bukan sahaja marah kerana perbuatan curang itu malah cubaan Offset untuk melakukan seks dengan Cuban Doll dimana ramai mengatakan dia sering meniru Cardi B.
Susulan itu, Cardi mengumumkan perpisahannya pada Selasa dan pada masa yang sama berkongsi foto wajah anak perempuan mereka, Kulture yang lahir Julai lalu.
Sebelum ini, kedua-dua mereka berkahwin dalam satu upacara ringkas dan hanya dihadiri sepupu mereka sebagai saksi pada September 2017.
Sumber: TMZ
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hujung minggu lalu menyaksikan perkahwinan gilang-gemilang pasangan Priyanka Chopra dan Nick Jonas mengikut istiadat kaum India di Jodhpur, India.
Haa…jangan tak tahu ya sebenarnya selain pasangan itu, ada ramai lagi selebriti antarabangsa yang berkahwin berlainan bangsa ini. Bak kata orang ‘mixed-marriage’ gitu.
Apa-apapun, MH nak ajak kenalkan korang pada ‘mixed-couple’ lain yang mungkin korang tak tahu.
1.John Legend dan Chrissy Teigen
Penyanyi lagu All Of Me ini merupakan bangsa African-American manakala isterinya mempunyai darah Norweigein dan Thailand. Pasangan itu berkahwin pada tahun 2013.
2.Zoe Zaldana dan Marco Perego
Pelakon filem Guardian Of The Galaxy itu mempunyai darah ‘Dominican’ manakala suaminya adalah orang Itali dan mereka berkahwin pada tahun 2012.
3.Michael Ealy dan Khatira Rafiq Zada
Bayangkan bila orang Amerika Syarikat berkahwin dengan orang Afgahnistan? Mesti anak-anak lawa kan? Pasangan ini berkahwin pada tahun 2012
4. Matthew McConaughey dan Camila Alves
Pelakon How To Lose A Guy In 10 Days ini berkahwin dengan Camila yang mempunyai darah Brazilian pada tahun 2012.
5. Michael Caine dan Shakira Baksh Caine
Pelakon, Michael Caine berkahwin dengan Shakira yang mempunyai darah Indo-Guyanese dan British pada tahun 1973.
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
#MHGlobal Supermodel Pun Turut Puji Gaya Jalan Pemenang Miss Universe, Catriona Gray. Ini Antara Sebab Lain Dia Perlu Jadi Ikon Kecantikan Masa Kini!
Pemilik nama, Catriona Gray ternyata menepati ramalan apabila dia diumumkan sebagai pemenang Miss Universe 2018 tempoh hari.
Bukan sahaja mempunyai rupa yang cantik malah dia juga ada pakej lengkap yang melayakkan untuk mendapat tiara tersebut.
Dia juga sangat sesuai untuk dijadikan ikon kecantikan remaja-remaja masa kini. Oleh itu, MH ingin kongsikan sebab mengapa.
1. Jalan Pun Dah Taraf Supermodel
Mula menyertai pertandingan ratu cantik sejak berusia 5 tahun, malah juga bekerja sebagai model sebelum menyertai pertandingan Miss Universe, Gray tiada masalah untuk jalan di atas pentas ‘runway’.
Lihat sahajalah gaya catwalk di pentas akhir Miss Universe tempoh hari. Walk like a true queen! Malah, supermodel, Tyra Banks pun turut memuji gaya jalannya itu.
“I mean…Pinoy power to the max,” tulisnya di Twitter
Berdarah kacukan membuatkan wajah Gray sedikit berbeza dengan wanita-wanita Philipine yang lain. Kalau korang lihat struktur tulangnya memang terbaik dari ladang lah!
4. Bukan Sahaja Cantik Tapi Aktif Dalam Muay Thai!
Untuk pengetahuan, Gray juga hebat dalam seni mempertahankan diri, Muay Thai. Mula berlatih seawal umur 8 tahun, dia mendapat tali pinggang hitam ketika berusia 12 tahun.
Foto/Instagram: Catriona Gray
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bayangkan bagaimana seorang wanita menjalinkan hubungan cinta yang bermula dengan satu muslihat. Sudah tentu ia bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan kekuatan jiwa yang...