Uncategorized

Atiq Azman Kata Dia ‘Ok’ Jayakan Watak Bersentuhan Dengan Wanita, Tapi Ini Syaratnya!

Share

Muka baru yang mulai mencuri perhatian pencinta drama Melayu menerusi drama fenomena, Nur, Atiq Azman mengakui dia tidak terlalu terikat untuk menjayakan adegan bersentuhan dengan pasangan bukan muhrim menerusi sesebuah drama yang bakal dilakonkan selepas ini.

Akui bintang berusia 18 tahun ini lagi, dia juga tidak gemar statusnya sebagai bekas pelajar yang pernah mengikuti pengajian tahfiz membataskannya di dalam menjayakan sesebuah watak.

Ini kerana, sisi seni itu luas dan andai memerlukan dia bersetuhan dengan pasangan berlawanan jantina, dia tiada masalah cumanya perlu dibatasi dengan had tertentu.

“Setakat ini saya okay sahaja. Kalau itu kehendak skrip rasanya tiada masalah selagi tidak melampau. Cumanya, selain bersentuhan ada juga cara lain untuk menggambarkan sesebuah situasi. Misalnya berlapik, lakukan mimik muka dan sebagainya.

 

“Dalam soal ini saya lebih gemar adanya tolak ansur,”kata pemilik nama lengkap, Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah ini jujur.

Pada masa sama, dia juga tidak mahu reputasi sebagai pendatang baru industri tercemar gara-gara isu remeh.

“Banyak yang perlu dipelajari dan sebagai muka baru, saya sendiri masih perlu banyak cari pengalaman dan sokongan. Kalau boleh, mahu banggakan ibu bapa juga tanpa perlu lakukan hal-hal tidak sepatutnya untuk cepat glamor,”katanya kepada MH.

Terdahulu, anak sulung daripada empat beradik ini ditemui media di majlis berbuka puasa bersama peminat dan para pelakon Nur lainnya di Hotel Impiana, Kuala Lumpur.

 

IKLAN