Categories: Uncategorized

“3 Kali Lafaz, Sah Jadi Suami Isteri Selepas 17 Tahun Berpisah,” – DP Eina Azman Tunai Janji Siar Foto Nikah Datuk & Nenek

Share

Pelakon, Datin Paduka Eina Azman menunaikan janji berkongsi foto-foto majlis pernikahan datuk dan neneknya di Instagramnya, semalam.

Namun apa yang menarik perhatian apabila kisah di sebalik pernikahan tersebut apabila kedua-dua mereka telah berpisah selama 17 tahun sebelum mengambil keputusan, berkahwin semula November lalu.

“Salam guys, seperti yang Eina dah janji Eina akan share moment paling terindah buat Tok n Aki Eina akad nikah.

“Alhamdulillah dengan 3 kali lafaz Aki n Tok dah sah menjadi suami isteri yang sah after 17 years berpisah.

“Walau pun banyak yang cuba menghalang dengan izin ALLAH, ALLAH permudahkan segalanya. Tak salah kan walaupun kedua-duanya stroke nak berkahwin?

“Mereka pun nak rasa bahagia. Thanks to my mummy n ayahde sebab banyak tolong utk permudahkan segala urusan kahwin aki n tok.

“Ya Allah, ini namanya jodoh berpisah dah lama pun boleh kembali bersama. Semoga Aki n Tok bahagia d dunia akhirat sehingga ke Jannah. I love you both so much,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, kelihatan ramai yang mendoakan kebahagian Tok dan Aki Eina.

Pada MH, perkongsian Eina menunjukkan bahawa sekiranya seseorang itu sudah ditetapkan jodohnya, berpisah macam mana pun tetap akan bertemu kembali kan?

Foto/Instagram: Datin Paduka Eina Azman

IKLAN