Pelakon, Datin Paduka Eina Azman menunaikan janji berkongsi foto-foto majlis pernikahan datuk dan neneknya di Instagramnya, semalam.

Namun apa yang menarik perhatian apabila kisah di sebalik pernikahan tersebut apabila kedua-dua mereka telah berpisah selama 17 tahun sebelum mengambil keputusan, berkahwin semula November lalu.

“Salam guys, seperti yang Eina dah janji Eina akan share moment paling terindah buat Tok n Aki Eina akad nikah.

“Alhamdulillah dengan 3 kali lafaz Aki n Tok dah sah menjadi suami isteri yang sah after 17 years berpisah.

IKLAN

“Walau pun banyak yang cuba menghalang dengan izin ALLAH, ALLAH permudahkan segalanya. Tak salah kan walaupun kedua-duanya stroke nak berkahwin?

“Mereka pun nak rasa bahagia. Thanks to my mummy n ayahde sebab banyak tolong utk permudahkan segala urusan kahwin aki n tok.

“Ya Allah, ini namanya jodoh berpisah dah lama pun boleh kembali bersama. Semoga Aki n Tok bahagia d dunia akhirat sehingga ke Jannah. I love you both so much,” tulisnya.

IKLAN
View this post on Instagram

Salam guys. Seperti yang eina dah janji eina akan share moment paling terindah buat Tok n Aki eina akad nikah ? alhamdullilah dgn 3 kali lafaz Aki n Tok dah sah menjadi suami isteri yang sah after 17 years berpisah?? walau pun banyak yang cuba menghalang dengan izin allah , allah permudahkan segalanya? tak salah kan walapun kedua dua nya stroke nak berkawin? Mereka pun nak rasa bahagia ☺️ thanks to my mummy @amyroshaida288 n ayahde sebab banyak tlg utk permudahkan segala urusan kahwin aki n tok?? ya allah ini namanya kalau dah jodoh berpisah dah lama pun boleh kembali bersama ?? semoga Aki n Tok bahagia d dunia akhirat sehingga ke jannah. ??? I Love you both so much ? @amyroshaida288 @datopadukakaiser

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on

Menjengah di ruangan komen, kelihatan ramai yang mendoakan kebahagian Tok dan Aki Eina.

IKLAN

“3 Kali Lafaz, Sah Jadi Suami Isteri Selepas 17 Tahun Berpisah,” – DP Eina Azman Tunai Janji Siar Foto Nikah Datuk & Nenek “3 Kali Lafaz, Sah Jadi Suami Isteri Selepas 17 Tahun Berpisah,” – DP Eina Azman Tunai Janji Siar Foto Nikah Datuk & Nenek

Pada MH, perkongsian Eina menunjukkan bahawa sekiranya seseorang itu sudah ditetapkan jodohnya, berpisah macam mana pun tetap akan bertemu kembali kan?

Foto/Instagram: Datin Paduka Eina Azman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI