3 Hari ‘Tinggal’ Anak Angkat, Sufian Suhami Rakam Video. Siap Main Gitar, Dodoi Anak & Ajar Berjalan!

Share

Pada 11 September lalu, penyanyi Sufian Suhami membuat pengumuman dirinya telah mengambil seorang anak angkat, Faeq Razeeq.

Bagaimanapun, Sufian yang selesa dengan gelaran Ayah Yan mempunyai jadual yang padat sehingga terpaksa meninggalkan Faeq buat sementara waktu.

Oleh sebab terlalu rindu akan Faeq, penyanyi berusia 27 tahun itu merakam video bersama buat pertama kalinya bagi mencipta memori indah.

“First video of Ayah Yan & @babyfaeq is out! Im so excited to share our moments together.

“Lately ive been super busy with work. Kena kerja di luar negeri/negara sampai berhari-hari. Nak lepas rindu dekat Faeq pun dekat phone je.

“Bila tengok gambar, tengok video, barulah semangat sikit nak buat kerja. So tak nak membebel panjang-panjang dah.

“Korang tengok sekarang apa yang kitorang buat bila Faeq dekat rumah ayah Yan. Link ada di bio @babyfaeq,” tulisnya.

Menerusi Youtube Channel Baby Pian, video berdurasi 2 minit itu memaparkan aktiviti mereka bersama bagi mengukir kenangan indah di hari muka.

Video yang dimuat naik lewat petang semalam kini telah mendapat hampir 20,000 tontonan dan dihujani komen yang pelbagai.

Selain itu, Faeq kini memiliki 100,000 pengikut di Instagram.

Video / Foto : Youtube Channel Baby Pian/ Instagram Faeq

IKLAN