Pelakon, Abby Abadi yang kini sering memberi bantuan dalam membendung masalah pembuangan bayi ada berkongsi cerita bersama pengikutnya di Instagram.
Abby memaklumkan telah ke Kota Bahru, Kelantan demi menyelamatkan seorang bayi yang didakwa hampir dibuang.
Kongsi Abby, dia berasa sangat syukur kerana semua urusan dipermudahkan.
“Alhamdullillah. Selesai urusan di Kota Bharu. 3hari Sy dan suami menunggu disini. Akhirmya ALLAH izinkan juga kami uruskan baby yg hampir hendak dibuang ini.
Ads
“Panjang nk cerita. Sy pendekkan jelah ye. Baby selamat dah ada di tangan Sy. InshaALLAH tiada aral malam ni juga serah pada Mak Ayah angkatmya.
“Inilah sebabnya kami berada di bumi Kelantan ini. Berusaha menyelamatkan baby2 yg nk dibuang ini & menyerahkannya kepada yg sudi & berkemampuan menjaga dgn baik dan penuh kasih sayang inshaALLAH. Tak bercerita dari awal… sbb takut gagal.. tp syukur..
“Terima Kasih Balai Polis Kota Bharu kerana melayan baik Sy.Masuk jeee meriah dah balai.. Al maklumlah, Puan Aleza dtg hehe..Doakan ye.. Semoga ALLAH permudahkan urusan kami utk sampai ke Kuala Terengganu malam ini…. Amin,” tulisnya panjang lebar.
Ads
Dalam pada itu, tindakan niat murni Abby itu telah mendapat pujian daripada netizen.
Ads
Menerusi entri terkini di Instagram, Abby turut memaklumkan penyerahan bayi tersebut kepada keluarga baru sudah selesai.
Foto: Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar, Rossa Sera ada memuat naik hantaran khas di laman Instagram bersempena ulang tahun kelahirannya suaminya yang ke-37.
Rossa dilihat menitipkan doa semoga Shuk sentiasa dikurniakan kebaikkan di dalam hidupnya.
“Happy birthday Muhammad Shukri. Semoga yang baik-baik untukmu selalu. Ameen. Daripada saya, Ain dan Amy,” tulisnya.
Menerusi hantaran yang sama, Sera turut berkongsi sebuah video yang memaparkan momen-momen sewaktu menunaikan umrah dan ketika bersama anak-anak.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap yang ditunjukkan oleh Rossa selain turut mendoakan semoga mereka sentiasa berbaik dengan kebahagiaan anak-anak.
Bagaimanapun, posting berkenaan nyata mengundang rasa kurang senang di hati seorang individu yang merasakan perbuatan Sera itu seperti terhegeh-hegeh untuk mendapatkan perhatian suaminya itu.
“Alahai, sundalnya! Shuk dan Fara tu dah serumah. Agaknya dah kahwin. Tak payahlah nak terhegeh. Mula la tu gatal acah-acah nak memujuk Shuk dengan ucapan hari lahir,” tulis individu berkenaan.
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Sera menerusi satu hantaran di Instagram Stories.
Tidak berdiam diri, Sera secara sinikal
membalas semula mesej yang dikirimkan individu berkenaan.
“Aduh, wish la sendiri pakai akaun mu. Biar akaun fake tapi aku tahu kau siapa,” balasnya.
Terdahulu, pada November lepas, Sera telah memfailkan cerai terhadap Shuk selepas pelawak tersebut didakwa curang.
Memetik laporan Utusan Malaysia, Shuk memberitahu, masih tiada kata putus dari kedua belah pihak berhubung permohonan cerai yang telah difailkan.
“Kami tak temui keputusan yang jelas. Buat masa ini, masing-masing bawa haluan sendiri,” katanya seperti yang dipetik.
Sekadar informasi, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Rossa Sera & Utusan Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bakal mendirikan rumah tangga pada 23 Jun depan, pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib mengakui keputusannya untuk mengahwini Watie Hanifiah, 35, adalah untuk kebaikan keempat-empat anaknya.
Kata Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 39, dia lebih memilih perkara yang mampu membahagiakan anak-anaknya buat masa ini.
Dengan kemampuan dimiliki, Shuib berharap perkahwinan tersebut akan berjalan lancar dan mengikut seperti yang telah direncanakan.
“Perkahwinan ini berbalik kepada niat. Saya niat untuk anak-anak dan keluarga saya sebab untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa bukanlah mudah.
“Saya tahu tugas sebagai seorang bapa ini berat dan anak-anak saya masih kecil. Perkara ini tidak mudah bagi saya. Saya memilih untuk anak, kalau saya pilih diri sendiri, saya akan (terus) membujang.
“Saya ada tanggungjawab yang besar sebab arwah (Siti Sarah Raisudin) mahu saya membesarkan anak-anak dengan cara dan jalan paling baik. Saya perlukan seseorang untuk ada bersama-sama saya,” katanya kepada MH.
Shuib ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Indigital Music dan FYP Media, di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Bangsar pada Selasa.
Dalam masa sama, Shuib menjelaskan, dia sudah memikirkan segala kemungkinan termasuk memahamkan anak-anaknya sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Watie.
“Walaupun anak-anak saya masih kecil, tapi mereka cepat dewasa. Setiap perkara yang saya mahu lakukan saya akan berbincang dengan keluarga dan anak-anak juga. Setiap keputusan, saya akan tanya mereka.
“Sudah pasti saya ada fahamkan anak-anak dan perkara ini adalah proses. Pertama kali saya ada berkawan dengan seseorang, saya beritahu mereka. Proses itu lama sampailah saya berani cakap yang saya mahu berkahwin.
“Disebabkan itu saya cakap perbincangan itu ada. Setiap kali ada perkara penting saya akan beritahu mereka. Walaupun saya tidak tahu sedalam mana mereka faham, saya tetap akan beritahu,” katanya.
Shuib berkata, dia tetap perlu mendapatkan persetujuan daripada semua anaknya sebelum benar-benar tekad untuk berkahwin lagi.
“Alhamdulillah segala perkara negatif dan positif saya fikirkan sampailah keempat-empatnya positif.
“Seingat saya anak terakhir yang diberitahu adalah Uwais sebab dia sudah berusia 12 tahun dan makin dewasa.
Uwais anak terakhir saya tunggu untuk dia persetujuan. Sampailah dia bersetuju barulah saya kata ini adalah masanya,” katanya.
Terdahulu, Shuib menamatkan teka-teki mengenai hubungannya dengan Watie apabila mendedahkan mereka memilih 23 Jun depan untuk bernikah.
Shuib dan Watie telah mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu di kediaman keluarga Watie di Shah Alam, Selangor.
Untuk rekod, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham penyanyi Siti Sarah pada 26 Februari 2011.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.
Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat Covid-19.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dia berasa sangat sedih apabila dia didakwa gila dan diminta mendapatkan rawatan kesihatan mental oleh sesetengah netizen.
Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 35, ditemui berkata, dia masih waras dan berdepan dengan masalah mental.
“Apapun, ada kalanya saya terfikir juga mungkin bakat nyanyian ini akan dihargai oleh rakyat Malaysia selepas saya sudah tiada (meninggal dunia) nanti. Tapi, takkanlah nak tunggu saya dah mati, baharu semua orang nak menghargainya?
“Sejujurnya, kenapa saya terus menghasilkan lagu sehingga kini kerana saya memang ada impian nak jadi seorang penyanyi. Saya minat menyanyi kerana yakin ada bakat dan sentiasa disokong peminat,” katanya kepada MH.
Aliff turut menambah, dia sanggup melaburkan duit sendiri kira-kira RM70,000 untuk single terbaharunya, Baby Sayang.
Dia pada masa sama menyifatkan rakyat Malaysia tidak tahu menilai bakatnya sebagai penyanyi ‘nombor satu negara’ kerana kesemua 10 lagu pernah dihasilkannya menjadi ‘trending’ di YouTube.
“Walaupun pelbagai kecaman yang saya terima, tetapi sehingga kini kira-kira 10 buah lagu yang sudah saya hasilkan, semuanya ‘trending’ nombor satu di YouTube dan tak pernah berada di kedudukan kedua atau ketiga.
“Seperti lagu Bobo Di Mana dan Kelepok Raya, ‘trending’ nombor satu di YouTube. Begitu juga lagu baharu, Baby Sayang ini terus ‘trending’ nombor satu di YouTube dalam tempoh sembilan jam selepas ia dilancarkan semalam.
“Sekalipun ramai netizen kata suara saya macam itik, tak boleh nyanyi, tapi lagu saya tetap ‘trending’,” katanya lagi.
Terdahulu, Aliff ditemui pada sidang media untuk penjelasan isu muzik video lagu yang turut menampilkan penyanyi Baby Shima di Kota Damansara, pada Khamis.
Terdahulu, namanya mencuri perhatian di media sosial susulan ‘teaser’ video single berkenaan yang dimuat naik di Instagram kerana didakwa keterlaluan oleh netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.