Penyampai radio dan pengacara, Fizi Ali sekali lagi meluahkan kekecewaannya terhadap komen yang diberikan oleh seorang netizen.
Kali ini, komen tersebut telah diterima oleh isterinya, Siti Zulaikha di ruangan mesej peribadi (DM) di Instagram.
Individu berkenaan menyifatkan segala perkara manis yang dilakukan Fizi terhadap isterinya itu hanyalah disebabkan perkahwinan mereka yang masih di fasa baru.
Katanya lagi, perangai sebenar akan mula dilihat selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga.
Lantaran itu, Fizi tampil menegur individu berkenaan dan bertanyakan motif sebenar dia berkongsi komen sedemikian.
Jelas Fizi lagi, sekiranya ada pihak yang kurang senang dengan apa sahaja tindakannya, ruangan mesej peribadinya sentiasa terbuka.
Ads
“Awak DM isteri saya lepas tu bagi kata-kata macam ni dekat dia? Ada masalah DM saya,” tulisnya.
Malah, penyampai radio Hot FM ini juga turut mengingatkan individu berkenaan supaya berhenti menghantarkan mesej-masej yang tidak elok kepada isterinya.
Ads
“Tak perlu nak buruk-burukkan saya dekat isteri saya. Niat awak untuk apa ye? Pisahkan kami ke?,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, Fizi ada meluahkan rasa kecewa selepas ada pihak yang mendakwa dia cuba memisahkan anaknya, Ameena dengan bekas isteri yang juga merupakan pelakon, Shakila Khoriri.
Ia susulan selepas Fizi memaklumkan dia ingin mengambil tindakan mahkamah untuk memperjuangkan haknya sebagai bapa.
Ads
Fizi mengambil tindakan tersebut selepas anaknya dikatakan tidak menghadirkan diri di majlis graduasi prasekolahnya baru-baru ini.
Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Fizi memaklumkan dirinya juga tidak mengetahui keberadaan anaknya ketika itu.
Sekadar informasi, Fizi pernah bernikah dengan Shakilla pada 18 Januari 2018 dan sah bercerai pada Disember 2021.
Namun, pada 23 Oktober lalu Fizi selamat mendirikan rumah tangga kali kedua dengan wanita pilihan, Siti Zulaikha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fizi Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Sheila Abdull ada menitipkan ucapan selamat tinggal sempena hari terakhirnya berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan, Malindo Air.
Menurut Sheila, dia menerima keputusan ini dengan hati terbuka kerana faham dengan situasi yang melanda syarikat penerbangan tersebut ketika ini yang dikatakan turut terkesan akibat pendemik Covid-19.
“Tiba masanya untuk saya ucapkan selamat tinggal. Dua perkara yang paling sukar untuk dilakukan dalam kehidupan adalah untuk mengucapkan ‘hello’ buat pertama kalinya dan mengucapkan selamat tinggal buat kali yang terakhir.
“Tetapi ini adalah impak yang terpaksa kami terima dalam kejadian pendamik baru-baru ini. Terima kasih kepada kawan-kawan di seluruh jabatan untuk segala kenangan manis dan masa-masa gembira bersama,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Mungkinkah itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Sheila turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak terutama rakan-rakan sekerjanya yang selama ini ada bersamanya sepanjang empat tahun berkhidmat.
“Terima kasih untuk empat tahun yang penuh bermakna untuk setiap persahabatan dan sokongan. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk berkhidmat di syarikat ini. Saya sentiasa akan bersyukur kerana peluang ini.
“Terimalah maaf daripada saya untuk segala kesilapan atau perkara mengguris hati yang pernah saya lakukan ketika kita bersama. Jutaan terima kasih untuk setiap masa-masa berharga bersama.
“Selamat maju jaya saya ucapkan buat anda semua dan juga Malindo Air. Semoga kita berjumpa lagi. InsyaAllah,” kongsinya lagi menerusi kapsyen di IG TV dalam bahasa Inggeris.
Sementara itu, ibu kepada seorang anak itu turut menitipkan ucapan selamat maju jaya kepada semua pihak yang senasib dengannya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan agar segala urusan Sheila selepas ini akan sentiasa dipermudahkan.
Memetik laporan Astro Awani, pada 12 Oktober lalu, Malindo Air mengumumkan bakal memberhentikan sekitar 2,200 kakitangan atau lebih separuh daripada tenaga kerjanya.
Proses pemberhentian kerja melibatkan kakitangan yang terlibat dijangka selesai pada 30 November depan manakala kakitangan yang tidak terjejas diperlukan melakukan tugasan yang pelbagai.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad berkongsi pengalamannya sewaktu dia dan suami menguruskan tapak perkhemahan ketika dilanda hujan dan ribut.
Menurut Betty atau nama sebenarnya Norsha Rahmad Ali, ini merupakan risiko yang terpaksa dilalui sekiranya memilih untuk mengadakan aktiviti berkhemah di tepi pantai.
“Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Inilah keadaan bila hujan dan ribut. Selama ni kalau hujan i duduk dalam khemah dengan Wira.
“Nampak bayang-bayang suami je ke hulu ke hilir. Malam tadi i duduk luar nak tengok sendiri everything. (Dan record)
“Bila hujan, orang yang paling busy is my husband. I paling suka bila hujan. Sebab suka tengok husband bertungkus lumus nak make sure kitorang ok. Kita mampu senyum,” tulisnya.
Detik-detik tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Jelas adik kepada pelakon Umie Aida ini lagi, momen-momen seperti ini banyak mengajarnya erti bersyukur dan menghargai kekuasaan yang masa Esa.
“Terima kasih Allah atas rasa ini dan dekatkan kami denganMu. Rasa syukur dengan apa yang ada. Rasa sayang.
“Appreciate segala depan mata. Tenang dalam apa jua keadaan. Ujian pasti hadir, dunia pasti berakhir. Semua milikMu,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Betty turut mendedahkan dirinya berasa amat bertuah kerana dikurniakan suami yang sentiasa mengutamakan keselamatan isteri dan anak.
“Suamiku, thank you buat kami rasa selamat. I percaya walau dalam keadaan apa sekalipun u akan make sure i dan Wira ok. Alhamdulillah dengan nikmat ini dan semoga Allah berkati kami. Aamiin.
“I love you suamiku, my contractor, my plumber, my electrician, my driver, my fisherman, my everything,” akhirinya.
Baru-baru ini perkongsian Betty mengenai aktiviti berkhemah di tepi pantai beraama keluarganya nyata telah meraih perhatian ramai pihak.
Malah, mereka juga turut menzahirkan rasa kagum selepas melihat peralatan yang dibawa oleh Betty sewaktu aktiviti perkhemahan tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Betty Rahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Aisha Retno tidak menafikan lagu baharu, Samudera yang mengetengahkan dialek Kelantan dan tradisi makyung adalah lagu termahalnya setakat ini.
Aisha atau nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 24, berkata ia termasuklah kos daripada peringkat proses produksi lagu sehinggalah kepada pembikinan muzik video.
“Daripada segi kewangan, iya ini lagu yang paling mahal kerana pembikinan muzik videonya turut menggunakan kos yang tinggi, termasuk soal produksi selain saya kini sudah bergerak secara sendiri.
“Sementara daripada segi penciptaan lagu itu sendiri pula, saya tidak boleh nak zahirkan bagaimana nilainya.
“Cuma apa yang boleh saya katakan, ia karya yang mahal kerana saya hasilkan lagu ini dalam tempoh seminggu. Mahu dalami apa itu tradisi makyung, berguru apa semua. Tapi syukur alhamdulillah semuanya dipermudahkan,” katanya.
Aisha berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Samudera & Aisha Retno Malam Sutera Live In Concert 2024 di The StarHill, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Aisha juga menolak gelaran sebagai Ratu Etnik Kreatif Malaysia selepas tampil dengan beberapa karya genre sedemikian sebelum ini.
“Saya takut… bukan saya nak tolak gelaran itu tapi bila orang tanya, saya akan kata belum layak lagi sebab masih lagi baru, hanya ada tiga lagu yang bergenre tradisional yang disulam dengan rentak moden.
“Apa yang saya boleh katakan, insya-Allah kalau ada rezeki saya mahu hasilkan album tradisional-moden. Dari situ kita lihat macam mana sebab saya pun masih lagi mencari genre yang selesa dengan saya,” katanya lagi.
Mengulas mengenai kritikan pendengar susulan dialek Kelantan yang digunakan menerusi Samudera, Aisha menjelaskan dia juga mempunyai darah keturunan Pantai Timur memandangkan ayahnya berasal dari Besut, Terengganu.
“Ramai yang tak tahu sebenarnya saya ini orang Besut. Bapa saya berasal dari Besut jadi saya mahu menghormati budaya Kelantan juga dengan penghasilan lagu ini. Tak sangka pula lagu ini mencetuskan kritikan yang baik dan sebaliknya.
“Saya ada tengok komen ramai yang tahu saya orang Jawa tapi tak tahu saya juga ada ‘half’ Kelantan. Jadi jangan risau, saya ada darah Kelantan dan saya buat lagu ini untuk tarik peminat di Pantai Timur.
“Sebab saya tidak menafikan dari segi demografik ramai lagi orang di Pantai Timur yang masih belum mengenali saya.
“Jadi melalui lagu ini mungkin boleh sedikit sebanyak mempengaruhi mereka untuk mendengar lagu saya.
“Malah dalam masa sama saya mahu tarik peminat di Indonesia dan juga di sini, saya mahu perkenalkan dialek Kelantan dan juga seni makyung,” katanya lagi.
Aisha juga mengakui dia tidak fasih untuk bertutur dalam dialek Kelantan, tapi mencuba untuk menyampaikan dengan baik selepas belajar dengan bapanya.
“Sebenarnya saya tidak berapa fasih berdialek Kelantan, saya ambil masa dalam dua bulan untuk belajar dengan ayah. Agak ‘struggle’ sebenarnya nak belajar dialek Kelantan sama seperti saya ‘struggle’ belajar bahasa Jawa.
“Tapi saya mendapati dialek Kelantan lebih unik selepas mendalaminya dan ia boleh digunakan untuk seni. Tapi saya perlu cakna dan saya peka sebagai seorang artis dan dalam masa saya kena teroka lebih lagi dan berhati-hati,” katanya.
Lagu Samudera ditulis dan digubah sendiri Aisha bersama Glowrush dan Shanekennedy dan naskhah ini berkisarkan mengenai Cik Siti Wan Kembang dan serba sedikit berkait dengan kisah perjalanan Aisha dalam industri muzik tanah air.
Dalam perkembangan lain, Aisha kini sedang sibuk membuat persediaan untuk mengadakan konsert sulungnya, Malam Sutera Live In Concert pada 16 November 2024 di Zepp Kuala Lumpur.
“Alhamdulillah, perjalanan konsert setakat ini berjalan lancar walaupun sekarang saya sudah bergerak sendiri, tapi saya risau juga dalam masa sama.
“Saya lebih takut dengan kesihatan saya, sebab untuk acara pelancaran ini pun saya hilang suara selama dua hari. Namun alhamdulillah ia sudah kembali baik.
“Apa pun, saya anggap peluang mengadakan konsert sebagai satu kurniaan rezeki yang sangat besar. Setakat ini, proses persiapan berjalan dengan lancar dan jualan tiket juga sekatat ini sudah lebih 50 peratus,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Dunia hiburan Indonesia kehilangan seorang bintang apabila bekas penyanyi cilik terkenal, Santi Sardi, menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat, 8 Ogos 2025. Allahyarhamah meninggal dunia...