Tahniah diucapkan buat penyanyi Ariff Bahran dan isterinya, Amirah Syazwani Ridzwan yang selamat menyambut kelahiran anak pertama mereka, awal pagi tadi.
Menurut Bahran, 24, bayi lelaki itu dilahirkan kira-kira jam 3.32 pagi.
“24/7/2022 – 3.32am Alhamdulillah. We are so proud of you already my boy,” tulisnya menerusi hantaran terkini di Instagram.
Penyanyi, Shila Amzah menepis dakwaan yang mengatakan dia kini seakan terdesak untuk memulakan perhubungan yang lebih serius bersama orang baru.
Menurut pemilik nama lengkap Nurshahila Amir Amzah ini, dia sering kali mendapat pertanyaan sedemikian lebih-lebih lagi bila mengadakan sesi soal jawab bersama para netizen di media sosial.
“Pada saya, mereka ini seperti tiada perkara lain yang nak diperkatakan. Namun, apa ditanyakan, saya akan jawab sahaja. Mungkin ada yang suka dan ada yang tidak.
“Mengenai pasangan, kalau ada, saya akan kata ada. Begitu juga sebaliknya. Mudah sahaja. Saya pun tak akan tercari-cari alasan.
“Bila ada yang kata saya terdesak, saya anggap mereka ini hanya dengki. Saya tertanya-tanya juga mereka ni tak gembira ke dengan kehidupan mereka?,” katanya kepada MH.
Shila berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran lagu duet terbarunya bersama penyanyi Liza Hanim berjudul Bahagiakan Dia yang berlangsung di Panggung Asia, Kuala Lumpur pada Selasa.
Bahagiakan Dia bakal menjadi lagu runut bunyi bagi drama terbaru Cinta Hilang Kata yang akan ditayangkan di Astro Prima.
Katanya lagi, di juga tidak gentar untuk berhadapan dengan apa jua soalan yang dilontarkan kepadanya saat ini
“Kehidupan saya ketika ini sangat baik dan saya sedang menikmatinya. Sejujurnya, tiada satu pun soalan di dunia ini yang akan menakutkan saya.
“Saya akan memilih keterbukaan yang akan saya tunjukkan. Sama ada 70% atau 50%, itu terpulang kepada saya,” katanya lagi.
Bagaimanapun, pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL36) ini turut menjelaskan dia tidak menolak seandainya dipertemukan jodoh satu hari nanti.
“Saya sangat terbuka dan tidak pernah menutup atau menidakkan takdir.
“Seandainya Allah hadirkan jodoh saya dan dia datang pada waktu, situasi dan perasaan yang tepat, mungkin ia boleh terjadi,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya mengenai ciri-ciri lelaki pilihannya, ini reaksi yang diberikan anak kepada penyanyi senior ND Lala itu;
“Seperti yang pernah saya katakan, saya akan memilih orang yang berkerja keras lebih daripada orang yang ‘talented’. Orang yang kerja keras ini akan melebihi mereka yang punyai segalanya.
“Begitu juga saya akan aplikasikan dalam perhubungan. Misal kata lelaki itu anak orang kaya tapi dia tak reti bekerja dan hanya harapkan ehsan ibu bapa, itu saya tidak mahu.
“Saya tak mahu dipertemukan dengan orang yang tiada hala tuju didalam kehidupannya. Yang tidak punyai visi dan misi dalam hidup.
“Bila seseorang itu tidak bertanggungjawab ke atas diri mereka sendiri, dia tak mungkin boleh bertanggungjawab ke atas orang lain,” akhirinya.
Sekadar informasi, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.
Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk bercerai dan mengumumkannya pada Februari lalu.
Kredit Foto: Instagram Shila Amzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Jennifer Lopez mengesahkan dia kini sudah bergelar isteri kepada aktor Ben Affleck pada Ahad.
Berita gembira itu dikongsikan Jennifer menerusi laman web rasminya, On The JLo.
Dalam perkongsian tersebut, Jennifer turut memuat naik beberapa foto majlis perkahwinan mereka yang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat.
“Kami dah berkahwin. Cinta adalah satu perasaan yang sungguh indah dan ini adalah hasil kesabaran kami selama 20 tahun.
“Malam semalam (Sabtu) kami terbang ke Vegas, beratur untuk mendaftar perkahwinan bersama empat pasangan lain demi satu tujuan yang sama.
“Perkara yang paling penting dalam perkahwinan ialah kami berjanji untuk saling mencintai, memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain.
“Ini merupakan malam terindah buat kami,” kata JLo.
Pasangan ini berkahwin di Little White Wedding Chapel yang dikenali sebagai lokasi perkahwinan popular buat pasangan yang ingin mengadakan majlis secara ekspres dan sederhana.
Jennifer dan Ben yang digelar Bennifer ini mengumumkan pertunangan mereka pada April lalu.
Sebelum ini, Jennifer, 53, dan Ben, 50, pernah bertunang pada 2002 namun putus sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.
Selepas perpisahan itu, Ben kemudiannya berkahwin dengan aktres Jennifer Garner dan hasil perkahwinan, mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Violet, Seraphina dan Samuel.
Manakala JLo berkahwin dengan penyanyi Marc Anthony dan mempunyai sepasang kembar iaitu Emme dan Max.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Datuk Hattan mendedahkan dia tidak kisah jika digelar pelawak selepas membintangi filem genre komedi romantik, Gadis Jolobu The Movie arahan CL Hor.
Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin, 57, bagaimapun akui, watak komedi menerusi filem berkenaan hanyalah sekadar lakonan dan tidak terjejas prinsipnya yang lantang bersuara mengenai pelbagai topik di media sosial.
“Saya tak kisah orang nak cakap apapun kerana lakonan tetap lakonan. Di luar penggambaran, saya memang seorang yang serius dan lantang bersuara memperjuangkan mengenai topik semasa.
“Sebelum ini, menerusi filem Selubung pun saya bawa watak komedi. Kali ini, filem Gadis Jolobu The Movie juga bergenre komedi ringan untuk menghiburkan penonton,” katanya.
Selain Hattan, Gadis Jolubu The Movie yang menjadi karya berteraskan yang memberi tumpuan kepada budaya dan tradisi Minangkabau Negeri Sembilan itu menggandingkannya dengan Khir Rahman dan Joey Daud.
Ia turut dibintangi anak sulung Hattan, Adam E dan Nizam Laksamana, selain memperkenalkan bakat baharu yang juga pengacara, Ahirine Ahirudin.
Bercerita mengenai lakonannya, Hattan berkata, dia tiada masalah mendapatkan keserasian bersama dua lagi teraju utama, Khir dan Joey.
“Amat mudah bekerjasama dengan Khir dan Joey walaupun mereka bukan berasal dari Negeri Sembilan. Mereka adalah pelakon profesional.
“Hanya watak saya sahaja yang pekat bertutur dengan dialek Negeri Sembilan, namun, Khir dan Joey pula mengikut tuntutan skrip kerana mereka digambarkan membesar di luar dan baru pulang ke kampung halaman,” katanya lagi.
Hattan menambah, banyak insiden melucukan berlaku di lokasi penggambaran filem berkenaan.
“Joey suka buat lawak spontan, tetapi masih tidak lari daripada dikehendaki skrip filem. Bagaimanapun, cabaran tetap ada. Kami berdepan dengan cabaran dari segi cuaca tidak menentu.
“Ketika penggambaran cuaca panas terik, tetapi tiba-tiba hujan dengan lebat hingga penggambaran terpaksa dihentikan,” katanya.
Berkerja dengan CL Hor, kata Hattan, dia juga selesa bekerjasama dengan pengarah yang berpengalaman menghasilkan filem di China, Hong Kong dan Korea Selatan itu.
“Walaupun CL Hor pengarah bukan Melayu, tetapi tidak sukar memahami kehendaknya. CL Hor bukan sahaja menjaga aspek lakonan dan lakon layar, namun, masih memberi kebebasan kepada pelakon untuk menjiwai watak,” katanya.
Hattan turut optmis filem terbitan Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd itu bakal mendapat sambutan baik di pawagam.
“Insya-Allah, saya yakin filem ini akan mendapat sambutan. Semuanya dengan izin Allah SWT. Saya bersyukur penonton kembali ke pawagam dengan sambutan terhadap filem tempatan selepas dua tahun berdepan era pandemik, katanya.
Gadis Jolobu The Movie dihasilkan susulan kejayaan lagu duet, Hattan bersama Waris, Gadis Jolobu yang meraih tontonan hampir 10 juta dalam laman YouTube akan menemui penonton di pawagam GSC di seluruh negara dan platform Over-The-Top (OTT), Get PLAY bermula 4 Ogos depan.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.