Seperti ramai yang sedia maklum, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti.
Setelah beberapa tahun tidak bertemu akibat pandemik, akhirnya kedua-dua diva popular ini dapat jua bertemu, melepaskan rindu setelah sekian lama tidak bersua muka.
Siti berkongsikan gambar bersama Kris menerusi laman Instagram miliknya di mana kedua-duanya bertemu di restoran cef popular Gordon Ramsay yang terletak di Bandar Sunway, Selangor. Turut kelihatan dalam foto berkenaan ialah anak-anak kepada dua-dua penyanyi popular tersebut iaitu Siti Aafiyah, Muhammad Afwa dan anak Kris, Amora.
“Hari ini (Sabtu) bawa Aafiyah dan Afwa jumpa aunty love Kris Dayanti dan juga kakak Amora.
“Dua tahun lebih tidak bertemu… hari ini kami berkesempatan makan tengah hari bersama.
Penyanyi asal Indonedia, Keisya Levronka kembali memberikan kejutan buat para peminatnya apabila muncul dengan single ‘Tak Ingin Usai’ yang turut menampilkan penyanyi Nabila Razali.
Lagu yang sebenarnya menjadi single keempat Keisya yang dilancarkan Mei 2022 laiu di bawah Universal Music Indonesia dan dicipta oleh Mario G Klau bersama Tohpati yang bertindak sebagai penerbit.
Projek kolaborasi ini bermula daripada video nyanyian semula lagu berkenaan yang dimuat naik Nabila di saluran YouTube sekaligus mendapat respons pelbagai dari peminat di Malaysia mahupun Indonesia.
Susulan itu, Universal Music Indonesia dan Universal Music Malaysia, sebagai label rakaman yang menaungi kedua-duanya melakukan projek kerjasama kolaborasi duet istimewa mereka, mengambil judul terbaru, ‘Tak Ingin Usai (Versi Duet)’.
“Sangat senang sekali dapat bekerjasama dengan Nabila, dia mempunyai kualiti vokal yang sangat bagus.
“Mudah-mudahan lagu ini makin diterima bukan sahaja di Indonesia dan Malaysia, juga di negara-negara lain, itu harapan kita semua,” ujar Keisya tentang projek kolaborasi ini.
Kualiti dan karakter vokal yang sangat kuat dari keduanya membuat lagu ini semakin sedap untuk didengar.
Bukan saling mendominasi, namun keduanya saling mengisi satu sama lain.
Terdahulu, Keisya Levronka pernah meraih penghargaan dari Anugerah Industri Muzik Malaysia ke-23 (AIM23) September 2022.
Dia meraih penghargaan tersebut untuk kategori “Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara”.
Sementara itu, peminat juga disajikan video lirik yang sangat menarik dari single ‘Tak Ingin Usai (Duet Version)’ ini.
Video lirik berkenaan dihasilkan di Malaysia saat Keisya Levronka melalukan aktiviti promosi di negara tersebut dan diarahkan oleh Irfan Ramos.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meskipun sudah berkecimpung di dalam industri seni sejak tiga dekad yang lalu, pelakon senior, Faizal Hussein tetap merasakan sosial media merupakan platform yang sangat penting bagi seseorang anak seni itu untuk terus kekal relavan.
Menurut Faizal, industri seni kini sudah berubah dan semua pihak harus memainkan peranan bagi membantu kejayaan sesebuah karya.
“Bergelar pelakon pada zaman ini, kami telah dituntut untuk turut sama terlibat dalam mempromosikan sesebuah projek drama atau filem yang akan ditayangkan. Seperti drama One Cent Thief ini juga, dalam kontrak pun sudah dinyatakan untuk para pelakon turut aktif di media sosial.
“Kami juga telah diberikan jadual untuk beberapa kali muncul di platform media sosial seperti Tik Tok, Instagram dan Facebook. Jadi, untuk terus kekal relavan dalam industri ini, walaupun saya sudah berusia 50-an, saya juga kena ada akaun untuk setiap platform ini lebih-lebih lagi Tik Tok,” katanya kepada MH.
Malah, bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut tidak menyangka video-video di akaun Tik Tok miliknya bakal menerima sambuatan luar biasa sehingga meraih jutaan tontonan.
“Orang bertanggungjawab atau pakar yang mengendalikan akaun Tik Tok saya adalah anak perempuan saya. Bila saya nak keluar menghadiri majlis apa pun, dia akan tunggu saya bersiap. Bila make up artis dah siap solekkan saya dan pakaian pun dah kemas, barulah dia akan buat konten untuk saya.
“Sebabkan dia juga konten tersebut boleh mendapat jutaan tontonan. Penerimaan daripada orang muda pun sangat positif. Mereka sangat suka. Siap ada yang minta jadi menantu,” kongsinya lagi.
Faizal berkata sedemikian ketika ditemui media di majlis tayangan perdana drama siri terbaru, One Cent Thief baru-baru ini.
Bagaimanapun, Faizal turut mengingatkan para selebriti untuk tidak terlalu taksub dengan media sosial sehingga boleh mencemarkan imej diri sendiri
“Tiada masalah pun artis senior mempunyai akaun media sosial. Selagi kita tak muat naik perkara yang merapu atau boleh dikenakan saman, semuanya okay sahaja.
“Bagaimanapun, sebagai selebriti, kita tak boleh terlalu taksub dengan sosial media. Platform ini bukan segalanya. Privasi itu sebenarnya lebih berharga. Sebagai seorang selebriti, kita kena tahu konten yang dimuat naik.
“Kita juga tak boleh mengaibkan orang lain dan harus menjaga hati peminat serta netizen,” akhirinya.
Dalam drama ini, Faizal membawakan watak sebagai seorang bapa yang bermasalah.
Selain Faizal, drama ini juga turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti, Syafiq Kyle, Azira Syafinaz, Amerul Affendi dan Sofia Jane
Drama ini bakal menemui penonton bermula 8 Oktober ini, setiap hari Sabtu jam 9 malam.
Penonton juga berpeluang menonton episod baru seminggu lebih awal pada Sabtu jam 12 tengah malam menerusi platform Astro Go atau On Demand.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ketua juri program Gegar Vagaza musim kesembilan (GV9), Datuk Ramli MS menyifatkan ketiadaan penyanyi Dina Nadzir di pentas susulan pemergiaan bapanya, Mohd Nadzir Gulam Kadir, pada Ahad sebagai suatu perkara yang di luar bidang kuasa.
Ramli berkata, sebagai juri mereka memahami akan situasi sukar yang berlaku kepada mana-mana peserta sepanjang pertandingan.
“Timbang rasa itu perlu ada sebagai manusia. Semalam (Sabtu), saya tidak perasan. Saya ada tegur mengenai cara nyanyiannya. Kenapa menyanyi macam tu? Tapi ketika saya tegurnya itu, dia menerima panggilan.
“Waktu itulah kami baru tahu bapanya ketika itu tengah nazak. Saya jarang marah penyanyi, tapi saya sebagai pengarah muzik dan peranan saya untuk mendidik, saya perlu berkeras.
“Kemudian bila dapat tahu mengenai perkhabaran tersebut, kami just ‘cut off’ (hentikan sesi latihan). Bila hal itu berlaku, saya memahami dan turut bersimpati atas kehilangan arwah bapanya.
“Lalu pihak Astro mengambil pendirian bertimbang rasa itu… we just cannot drop her tanpa bertanding. Kami sepakat dan faham bahawa tiada penyingkiran,” katanya lagi.
Terdahulu, media melaporkan bapa penyanyi lagu Malu Tapi Mahu itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.10 pagi Ahad.
Allahyarham meninggal dunia akibat masalah paru-paru di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru dan perkara itu disahkan oleh pengurus Dina dikenali sebagai Mickey.
Mickey memaklumkan, arwah sebelum ini disahkan menghidap kanser dan dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu akibat masalah paru-paru.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...