2 Tahun Permergian Abam Bocey, Hidayah Imbau Memori Indah Sama Arwah Suami – “Kenangan Terpahat Dihatiku & Selamanya…”

Share

Setelah genap dua tahun pergi bertemu Sang Pencipta, balu kepada pelawak Abam Bocey iaitu Nor Hidayah ada menitipkan doan dan ucapan buat arwah suami tercinta.

Pada masa sama, Hidayah turut memuat naik sepotong rakaman video yang memaparkan momen indah ketika berkarokae bersama arwah suaminya.

Tambahnya lagi, kenangan manis bersama arwah akan sentiasa terpahat diingatan buat selama-lamanya.

“Al_fatihah 10/2/2022 Genab 2Tahun Allahyarham suamiku Syed Umar Mokhtar pergii semoga Kita berjumpa disyurga kelak amin-amin.

“Sentiasa hadiakan Bacaan Yasin untuk mu setiap hari. Kenangan terpahat dihatiku Dan selamanya,” tulisnya.

Imbas kembali, Hidayah telah mendirikan rumah tangga bersama Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 8 Disember 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 2 tahun.

Namun, arwah Abam telah disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Sheera Iskandar

IKLAN