Bukan mudah untuk kita menghadapi kehilangan orang yang tersayang lebih-lebih lagi jika orang itu adalah bapa kita yang sejak dari kecil tidak pernah putus mecurahkan kasih dan sayangnya kepada kita.

MH ada terlihat satu posting chef selebriti terkenal,Datuk Fazley Yaakob yang meluahkan rasa rindu terhadap arwah bapanya.

“#Alfatehah untuk arwah Bapak kesayangan kami semua Allahyarham Datuk Hj Yaakob Hj Mohammad, hari ini genap 2 tahun pemergian Bapak.

 

“Masih terasa2 kehangatan terakhir tubuh mu bapak, masih terlihat2 saat memandikan dan mengkafankanmu bapak, masih terkenang saatku menurunkan mu ke liang lahad dan masih kedengaran saat ku membacakan doa di pusaramu, bak baru semalam.

 

“Ketahuilah bapak, kami akan kekal merinduimu, kami akan sentiasa menyayangimu, Kini anak sulong mu meneruskan segala usahamu, memegang utuh wasiat mu agar menjaga bidadari mu (ibu tecinta) serta adik adikku. Bapak.. Paji amat rindukan Bapak ?#Alfatehah,” tulis Fazley pada kapsyen perkongsiannya.

Dalam pada itu di ruang komen pula, rata-rata peminat Fazley telah menyedekahkan Al Fatihah buat arwah bapanya dan MH lihat ramai juga yang memuji bacaan doa oleh Fazley di kubur bapanya.

IKLAN

vividohri: Inna lilla wa inna lillahi roji’un…salam takziah to you and family, Dato’ Fazley.. Moga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman…Amiin

mummy352: Al-Fatihah & semoga allahyarham dicucuri rahmat. Aamiin Yarabbal Alamiin

IKLAN

sitisalwa240327: Tidak ramai ibubapa yg bertuah mempunyai ank yg mampu membaca doa utknya ms dikuburkan nti

IKLAN

maizie_maizatulmohdjohan: Alhamdulillah. Bagusnya bacaan doa @fazleyyaakob untuk arwah bapak. Menjadi contoh untuk artis2 yang lain. Alfatihah untuk arwah Datuk Hj Yaakob Hj Mohammad

MH doakan agar roh arwah bapa Fazley sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Sumber: Instagram Datuk Fazley Yaakob

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI