“2.81 Kilogram, Kelahiran Secara Normal,” – Rezeki Raja Farah, Akhirnya Dikurniakan Cahaya Mata Perempuan

Share

Pelakon, Raja Farah menyatakan rasa syukur selepas hajatnya untuk menimang cahaya mata perempuan akhirnya dimakbulkan.

Menurut Farah, bayi perempuan seberat 2.81 kilogram itu telah selamat dilahirkan secara normal pada 17 Jun lalu.

“Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Syukur, keluarga kecil kami bertambah lagi dengan kehadiran puteri sulong kami.

“Saya selamat melahirkan pada 17 Jun, 9:40 pagi, girl, 2.81kg, kelahiran secara normal,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan pelakon filem Anak Halal itu menerusi hantaran terkini di Instagram.

Dalam pada itu, Farah turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang mendoakan kesejahteraannya sepanjang mengandung dan melahirkan cahaya mata ketiganya itu.

“Terima kasih semua yang mendoakan dari sebelum saya pregnant untuk dapat baby girl, sampai pregnant dan smpi selamat saya melahirkan. Really appreciate semua.

“Thank you Dr Ainul, my gynae dari anak sulung, Imran dulu, sampailah baby girl kami ni. Ada aje dramanya dari second baby and this baby girl,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Farah dan suaminya.

Sekadar informasi, Farah dan suaminya, Iskandar Ismail telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 6 September 2015 dah telah terlebih dahulu dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Raja Farah

IKLAN