Berita

Bertunang April Lalu & Kini Selamat Bergelar Suami Orang, Ramai Ucap Tahniah Buat Ashman Najib

Share

Tahniah diucapkan kepada bongsu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Norashman yang telah selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Nikola Mulyadi.

Berita gembira itu dimaklumkan Norashman menerusi hantarannya di Instagram yang dikemas kininya pada Sabtu.

Menerusi foto yang dimuat naik, pasangan raja sehari itu terlihat segak dan anggun mengenakan persalinan sedondon putih di dalam sebuah kereta.

“Sealed the deal, Alhamdulillah! Here’s to a new chapter my dear,” tulisnya ringkas menerusi ruangan kapsyen disusuli dengan tanda pagar #nikah #wedding #justgotmarried.

Serentak dengan perkongsian yang kini sudah pun menerima hampir 10,000 tanda suka itu, ramai warganet termasuk figura dikenali di negara ini menitipkan ucapan tahniah buat pasangan.

Difahamkan Norashman dan Nikola sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada April lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

IKLAN