“18KG’s Of Love And Happiness,” – Neelofa Kongsi Foto Terbaru, Instagram Dihujani Komen Doa Yang Baik-Baik

Share

Selebriti popular, Neelofa yang sedang menghitung hari bersalin anak sulung berkongsi foto terkininya di Instagram.

Neelofa, 33, memuat naik gambar mengenakan persalinan sedondon bersama suami, Haris Ismail ketika menghadiri majlis ijab kabul adiknya, Athisha Khan baru-baru ini.

“18KGs of Love & Happiness #kecilbetul,” tulisnya ringkas.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat meninggalkan reaksi yang pelbagai.

Rata-ratanya memuji penampilannya dan tak kurang mendoakan semoga urusan melahirkan bayi pertama dipermudahkan.

“Semoga dipermudahkan Love bersalin nanti amin.”

“Comel dooh ni… Semoga selamat belako deh.”

“So cute Love. Semoga dipermudahkan urusan bersalin ya Lofa.”

“Countdown begins.”

“Masih cantik seperti dulu.”

“Hehehe… Comel je kapsyen.”

Terdahulu, Neelofa menerusi mendedahkan dia kini sedang menunggu masa untuk bergelar dan tidak dapat menyembunyikan debaran melahirkan anak pertama.

“Dari segi persiapan emosi dan mental, saya kena belajar banyak perkara. Banyak baca buku dan bertanya kerana keluarga kami agak besar.

“Jadi, saya peroleh banyak nasihat dan tip. Dari segi persiapan, Alhamdulillah semuanya sudah tersedia,” jelasnya yang berhasrat untuk melahirkan anaknya secara normal.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris atau PU Riz di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, 27 Mac tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

.

IKLAN