“17 Tahun Lagi Pegang Scroll Betul Pula,”- Cemerlang Dalam Pelajaran, Ini Doa Si Ibu Yang Juga Isteri Tomok Buat Si Anak Tersayang

Share

Anak kepada penyanyi Tomok, Arrian Shah Akid telah memperoleh gred A dalam sepuluh matapelajaran yang diambilnya.

Lantaran itu, Akid telah menerima ‘scroll’ dan menyarungkan ‘robe’ atas kejayaannya itu.

Perkara itu dikongsi isteri Tomok, Rahayu Abbas menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya.

“Congratulations anak dibu!!!!!?
I hope & wish for next another 17years from now u will hold real scroll & and wear a real robe for your university convocation…

Thank you so much to all teachers who are involve with arrian growing & never give up to teach and give him a lesson for any single things…teacher chris,teacher wawa, teacher rinuka, teacher lina, teacher dila & all teachers that resign earlier,” tulisnya. 

Dalam pada itu, Rahayu turut mendoakan kejayaan anaknnya  yang berusia enam tahun itu.

“Ibu doakan arrian berjaya dalam apa sahaja bidang yang arrian ceburi….dan berjaya juga dalam ilmu akhirat…hidup mau balance!!!hope all your wish will come true too..
Bermula satu chapter yang baru yang lebih serius lebih fokus lebih segala-galanya…ibu,ayah & andra will always love you forever & ever, ” tulisnya lagi. 

Susulan itu, netizen turut mengucapkan tahniah diatas kejayaan Aririan dan mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

Foto : IG Ayu Abas

IKLAN