Ads

Hamil, Ezzaty Abdullah Tak Boleh Bau Sabun

Bulan puasa ini pasti mencabar buat isteri kepada pelakon Azwan Kombos kerana mengalami alahan hingga adakalanya menyebabkan dia sukar untuk berpuasa.

“Setiap kali selepas berbuka, saya akan muntah dan sekitar jam 11 malam, akan rasa lapar semula. Saya juga terpaksa berpuasa berselang-seli kerana kerap muntah,” katanya.

Selain itu, Ezzaty juga ada mengatakan yang dia tidak boleh terima bau sabun. Maka, semua sabun yang ada di rumah perlu ditukar kepada jenis yang tidak berbau. Tambahnya, jika tidak dia pasti akan muntah.

Bukan itu sahaja, sejak mengandung, Ezzaty juga punyai masalah takut pada tempat tinggi.

Ads

Dalam masa yang zama, Ezzaty turut rasa bersyukur dan gembira kerana anggota keluarga dan rakan terdekatnya tidak lokek untuk berkongsi tip tentang kehamilan.

“Sebelum ini saya memang rahsiakan dulu kehamilan ini daripada semua orang kerana waktu itu kandungan masih baru tetapi selepas berita kehamilan saya disiarkan di media dan Azwan sendiri pun berkongsi mengenainya, ramai yang tampil membantu dan mendoakan,”

Selamat berpuasa ❤️

A post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah) on

Ads

Bila bercerita tentang persediaan sambutan Aidilfitri, Ezzaty dan suami hanya mempersiapkan serba sederhana.

Ads

“Saya sendiri pun tidak tahu bagaimana keadaan kandungan dan saiz perut saya selepas ini. Jadi, persiapannya lebih sederhana. Ketika menjalani ibadah umrah sebelum ini, saya ada beli jubah dan rasanya ia selesa untuk dipakai pada Aidilfitri ini,” katanya lagi.

Ezzaty dan Azwan telah selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri pada bulan Julai tahun lalu dengan sekali lafaz.

SUMBER : HARIAN METRO

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Adalah Saya, Rock Sampai Bila-Bila,” – Rahmat Ekamatra Reda Tersingkir...

Penyanyi legenda, Rahmat Ekamatra menyifatkan penglibatannya dalam program Gegar Vaganza 12 (GV12) sebagai satu pengalaman bermakna yang membuka lembaran baharu dalam perjalanan kerjayanya sebagai anak seni.
error: Hello. Cannot.