Selain Syafiq Kyle dan Ernie Zakri, pelakon remaja, Raysha Rizrose turut menyambut ulang tahun kelahirannya pada minggu ini, iaitu pada 22 Jun lalu.

Apa yang menariknya, ucapan hari jadi buat pelakon Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin itu bukan hanya daripada para peminat, tetapi juga insan istimewa yang dikatakan sedang rapat dengan pemenang Pencarian Dewi Remaja ini.

Menerusi instagram, lelaki berkenaan yang sedia dikenali sebagai atlit sukan permotoran negara iaitu Nabil Jeffri ada muat naik ucapan yang sweet buat adik kenapa Uqasha dan Nelydia Senrose ini.

IKLAN

“Happy 22nd birthday sayang. ❤️ 6th birthday together! 1/4 of my life spent with you. Looking forward to spending it forever,” tulisnya dan perkongsian berkenaan turut menerima tanda suka daripada Raysha sendiri.

Difahamkan, hubungan di antara keduanya sudah pun berlanjutkan sejak beberapa tahun lalu, dan turut mendapat restu daripada keluarga kedua belah pihak.

IKLAN

IKLAN

Foto: Instagram Nabil Jeffri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI