Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan isterinya, Datin Shahida yang kini hamil empat bulan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami komplikasi pendarahan yang agak teruk.
Khabar mengekutkan itu dimaklumkan sendiri oleh Aliff menerusi sebuah hantaran video di Instagram.
Menurut Aliff, dia sememangnya amat terkejut saat mendengar isterinya menjerit disebabkan pendarahan tersebut.
“Tengah sibuk buat live (sesi siaran langsung), tiba-tiba isteri saya menjerit sakit dan mengalami pendarahan yang banyak.
“Masa ni saya lari macam tak cukup tanah. Saya hanya fikir bayi dan isteri saya,” tulisnya.
Dalam pada itu, bapa kepada lima orang cahaya mata itu memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan semoga tiada apa-apa yang serius berlaku pada isterinya itu
“Awak saya sedih. Doakan smuanya selamat. Masa ni semua jadi kelam kabut. Sepanjang perjalanan wife saya mengalami pendarahan,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Aliff turut memaklumkan dia terpaksa membatalkan beberapa urusan kerja atas faktor kesihatan isterinya itu.
“Sepatutnya minggu ini saya ada event perasmian koleksi telekung dan tudung @as.hijabofficial tapi sebab @shahidadherbs mengalami pendarahan saya terpaksa lancarkan secara online sahaja. Inyallah dah sehat nanti kita rasmikan di butik,” kongsinya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut selain turut memberikan kata-kata semangat buat Aliff dan Shahida.
Sekadar informasi, pada 8 Oktober lalu, MH melaporkan Shahida kini sedang hamil anak keenam.
Terdahulu, pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan telah terlebih dahulu dikurniakan lima orang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan kosmetik, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid mengesahkan dirinya sedang hamil anak keenam dan usia kandungannya kini hampir memasuki trimester kedua.
Shahida ketika dihubungi berkata, dia mengalami alahan yang agak teruk pada awal kehamilan dan mudah rasa penat hingga jarang berkongsi perkembangan semasa di media sosial.
“Ya saya sekarang sedang hamil anak keenam, baru tiga ke empat bulan begitulah. Jujurnya saya kali ini tidaklah terlalu gembar-gemburkan mengenai kehamilan ini.
“Iyalah, ini kali yang keenam dan bukannya saya baru hamil anak sulung. Jadi saya jalani kehidupan macam biasa sahaja.
“Pada awal kehamilan, saya alami alahan teruk juga, cepat rasa penat, malas dan sebagainya.
“Sebab itulah kalau ada yang perasan saya sekarang jarang ‘update’ perkembangan terkini di media sosial. Yang dimuat naik pun foto atau video lama,” katanya kepada MH.
Mengulas mengenai video tular baru-baru ini hingga ada netizen yang membuat spekluasi dirinya sedang hamil, Shahida akui terkejut.
“Cuma itulah bila hal tersebut jadi viral, saya pun rasa pelik. Kita bukan baru hamil, anak pun dah lima orang.
“Apa pun saya ucapkan terima kasih atas doa baik-baik yang dititipkan semua. Doakan agar urusan seterusnya dipermudahkan. Memang merancang kami nak enam orang anak.
“Soal jantina saya serahkan padaNya. Kami tak kisah dapat anak lelaki atau perempuan, cuma yang penting mendaoakan agar bayi yang dikandung berada di dalam keadaan yang baik,” katanya lagi.
Pasangan tersebut berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah selain turut menjaga seorang anak angkat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah Absolut Event & Management Sdn Bhd, Ben Ali bersama isterinya yang juga pelakon, Nadiyah Shahab mengakui tiap kali menganjurkan festival atau program, perasan risau tidak dapat dielakkan demi memastikan ia berjalan dengan baik seperti yang diharap-harapkan.
Nadiyah bagaimanapun bertuah kerana mempunyai sokongan moral daripada ahli keluarganya di Singapura.
“Bila program sudah nak dekat, seluruh keluarga akan sama-sama ikhtiar lakukan solat, panjatkan doa dan sebagainya. Malah keluarga saya di Singapura pun akan anjurkan doa selamat untuk kami. Sebab bagi kami, ia sesuatu yang besar dan penting. Setiap program mereka akan buat begitu.
“Sudah tentu kalau kita bercakap mengenai sambutan pengunjung atau penonton kita akan rasa risau. Sehingga hari kejadian pun kita masih berdoa, lakukan solat hajat apa semua agar segalanya dipermudahkanNya.
“Bagaimanapun saya percaya selain usaha, ia juga bergantung kepada keberkesanan pemasaran, memang kita akan buat all out. Kami lancarkan kempen menerusi video selain promosikan di media sosial juga. Tinggal lagi kurang 10 hari, jadi kita akan buat secara besar-besaranlah,” katanya kepada MH.
Pasangan selebriti itu berkata demikian ketika ditemui Sidang Media Pelancaran Absolut Music Festival 2022, di The Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), pada Khamis.
Bertempat di Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur, acara muzik terbuka dan masuk percuma yang turut dimeriahkan dengan Absolut Food Festival itu bakal diadakan selama 3 hari bermula 4 sehingga 6 Nobember 2022.
Sementara itu bagi Ben, mereka lebih gemar untuk memberikan yang terbaik setiap kali menganjurkan sesebuah acara demi kepuasan demi mencapai objektif.
“Kami lebih suka berikan lebih. Jadi lebih baik untuk kita rasa risau daripada timbul perasaan sudah selesa. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan dengan baik. Malah kalaulah tak mendapat sambutan seperti yang diharapkan, sekurang-kurangnya kami lega kerana sudah lakukan pelbagai usaha untuk mempromosikannya.
“Kali ini juga selain promosi di radio dan papan tanda, kita fokuskan juga kepada saluran digital. Ia akses yang paling mudah untuk capai audiens sekarang. Saya berbesar hati kerana rakan penaja pun sangat menyokong terhadap inisiatif yang kami lakukan,” kata Ben.
Dalam pada itu, konsert berkenaan bakal membawa seramai 18 penyanyi terkenal selain beberapa artis baharu tempatan digandingkan di atas satu pentas yang sama.
Barisan penyanyi utama yang bakal membuat persembahan adalah kumpulan SEARCH, Alleycats, Joe Flizzow, Andi Bernadee, Akim & The Majistret, Aman Ra, Floor 88, Faizal Tahir, Bunkface, Elizabeth Tan dan DOLLA.
Janna Nick, Ayda Jebat, Kugiran Masdo, Kidd Santhe, Projector Band, ForceParkBois dan Insomniacks turut sama beraksi, selain dua kumpulan wanita terbaharu iaitu The Gadys dan The Sara Sisters.
Bertemakan festival terbuka ataupun ‘outdoor concept’, festival ini tidak hanya menumpukan pada konsert sahaja, tetapi juga bakal membawakan sebanyak lebih 110 peniaga kecil dan sederhana yang terdiri daripada para peniaga makanan, minuman, pakaian, kosmetik dan sebagainya.
Tidak lupa juga dengan kehadiran lebih 50 penggiat media sosial dan 50 para penggiat dari industri lakonan seperti Aedy Ashraf, Meerqeen, Anna Jobling, Uqasha Senrose, Emma Maembong, Hannah Delisha dan ramai lagi yang bakal memeriahkan suasana acara ini kelak.
ELFBAR selaku penaja rasmi Absolut Music Festival 2022, festival berkenaan turut mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia dan Cuti-Cuti Malaysia.
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.