#10yearchallange Joy Revfa Paling Win! Siap Ada Zaman Gadis, Saat Nikah & Setelah Jadi Janda

Share

Ketika ini, rata-rata pengguna media sosial gigih sahut cabaran terbaru, yang dikenali sebagai #10yearchallange yang mencabar individu untuk berkongsi wajah sedekad lalu.

Malah, cabaran tersebut turut dilakukan para selebriti sehingga ia mengundang tawa ramai kerana mengimbas kembali nostalgia yang pernah menghangatkan industri seni.

Misalnya, pengasas kosmetik Joy Revfa yang turut melakukan perkara sama, lalu meninggalkan komen pelbagai dikalangan netizen.

Foto yang dimuat naik bekas isteri kepada penyanyi, Hafiz Hamidun itu memberi 1001 makna apabila ia didedikasi terhadap tiga fasa dalam hidup iaitu ketika gadis, setelah bernikah dan apabila bergelar janda.

Berikut merupakan antara komen yang ditinggalkan netizen. Memang win!

Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2017 dengan Hafiz Hamidun sebelum mengambil keputusan untuk berpisah sekitar Oktober tahun sama.

Sebelum itu, Joy pernah berkahwin dengan Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim dan mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia lima tahun.

Foto: Instagram Joy Revfa

IKLAN