Menghiburkan! Itu yang dapat dirumuskan sejurus menonton Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada Jumaat.

Dalam konsert yang berdurasi hampir tiga jam itu, U.K’s mempersembahkan seleksi 20 buah lagu hits kumpulan itu sekaligus mengubati rindu peminat setia mereka.

Konsert yang dihadiri lebih 1,000 peminat itu dibarisi line up U.K’s iaitu Amir selaku penyanyi, Denil (gitar), Olley (bass) dan Amirul (dram).

Konsert bermula sekitar pukul 8.45 malam dengan segmen pertama mempersembahkan lagu Kau Satu-Satunya, medley lagu (Kembali Mencari, Membara, Berkat Kasihmu) dan Di Luar Kemampuanku.

1,000 Peminat Jadi Saksi, Konsert U.K’s Imbau Nostalgia; Rancang Konsert Di Singapura & Indonesia Pula! 1,000 Peminat Jadi Saksi, Konsert U.K’s Imbau Nostalgia; Rancang Konsert Di Singapura & Indonesia Pula!

Selain itu, Rondo Cinta Buta, Cintaku, Berkat Kasihmu, Rhythm Si Jantung Hati, Kekasihku Di Menara, Pahit Akan Manis Akhirnya, medley (Untuk Apa, Balada Ani).

IKLAN

Lagu-lagu untuk segmen kedua pula Seksa, Sesak, medley (Kekasihku, Sebak, Gemak Kasih Sepanjang Usia) dan Kita Sama Sahaja (duet bersama Saari Amri).

Persembahan diteruskan dengan lagu medley (Terasa, Tergamak Kau, Bila Diri Disayangi), medley (Nafas Orang Kota, Prosarasa), medley (Satu Lilin Sehening Malam, Sudah Tiada Tunasnya), Kita Akan Dijemput dan Siapa Yang Rampas Cintamu.

1,000 Peminat Jadi Saksi, Konsert U.K’s Imbau Nostalgia; Rancang Konsert Di Singapura & Indonesia Pula! 1,000 Peminat Jadi Saksi, Konsert U.K’s Imbau Nostalgia; Rancang Konsert Di Singapura & Indonesia Pula!

IKLAN

Konsert U.K’s sepatutnya berakhir dengan lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu namun atas permintaan dan sorakan peminat, kumpulan itu memilih untuk menyampaikan lagu terakhir berjudul Benar-Benar Sungguh-Sungguh.

Dalam pada itu, Amir atau nama sebenarnya Mohd Azmir Muhammad Yusof memberitahu U.K’s mempunyai perancangan untuk mengadakan konsert di Indonesia dan Singapura selepas ini.

1,000 Peminat Jadi Saksi, Konsert U.K’s Imbau Nostalgia; Rancang Konsert Di Singapura & Indonesia Pula! 1,000 Peminat Jadi Saksi, Konsert U.K’s Imbau Nostalgia; Rancang Konsert Di Singapura & Indonesia Pula!

IKLAN

“Sebenarnya kami bukan tamat pada malam ini tapi akan lebarkan sayap ke Indonesia dan Singapura. Dengan sokongan yang kami harapkan agar selepas ni hajat dihati terlaksana.

“Tak terucap, sambutan peminat yang masih hafal lagu U.K’s, malah saya rasa lirik lagu melekat di hati peminat semua. Saya tak sangka lagu-lagu U.K’s boleh melekat lebih 20 tahun,” katanya.

Konsert U.K’s Reunion 25 tahun dibawakan oleh Mac Training Sdn Bhd bersama RCD Concepts Sdn Bhd.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI