“1000 Orang Tak Suka, 10 Orang Yang Suka,”- Izzue Islam Mengaku Kerap Kena Kutuk Sebab…

Share

Umum mengetahui pelakon dan penyanyi, Izzue Islam pernah menyatakan hasrat menarik diri dari kumpulan Forteen pertengahan November lalu. 

Bagaimanapun, Izzue baru-baru ini ada memuat naik sekeping foto di Instagramya.

“Kerap jugak kene kutuk & kecam tentang nyanyian. Mereka kata sy xde bakat dalam nyanyian. Ya saya akur & terima..

“Tapi kenapa saya buat lagu lagi & lagi? Sebab dalam 1000 orang yang tak suka, masih ada 10 orang yg percaya & menerima karya & suka bakat saya. Jadi, kenapa perlu saya berhenti?,” tulisnya.

Dalam pada itu, anak kelahiran Kota Bahru,Kelantan itu juga ada memberikan nasihat agar sentiasa berfikiran positif.

“1 pesanan sy, awak kene percaya pd diri sendiri. Kalau awak rasa awak boleh buat, ketepikan benda2 negatif yg boleh downkan awak. 

“Dan perkara yg paling penting yg awak harus tanam dalam diri adalah sentiasa berfikiran positif. #PositifSelalu

“Pokjue nak tuju #PositifSelaluChallenge dekat @saharulridzwan , dia mesti ada sesuatu yg positif yg nak dikongsikan dgn kita semua kan?,” akhiri Izzue atau nama panggilan kini Pok Jue.

Menerusi  ruangan komen pula, netizen telah memberikan pendapat yang pelbagai terhadap posting tersebut. 

Foto : IG Izzue Islam

IKLAN