Setelah sedekad mewarnai industri muzik tempatan, Insomniacks akhirnya berjaya merealisasikan impian mereka untuk menganjurkan konsert solo pertama, Insomniacks: Echoes Of Dreams, yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Lebih membanggakan, seramai 2,400 peminat hadir bagi menyaksikan persembahan mereka, sekaligus membuktikan kesetiaan terhadap band berkenaan.

Menurut pemain bass, Iskandar, sokongan luar biasa daripada para peminat benar-benar menyentuh hati mereka.

10 Tahun Tunggu… Imsomniacks Sebak Lihat 2,400 Fans Depan Mata! – “Kami Rasa Puas, Peminat Nampak Gembira.”

“Alhamdulillah kami rasa sangat puas. Peminat juga nampak sangat gembira. Segala proses persediaan yang kami lalui ternyata menjadi malam ini.

“Kami sudah menjangkakan jumlah penonton yang akan hadir kerana tiket habis terjual. Namun, kami memang tak sangka semangat yang ditunjukkan oleh para penonton.

“Sambutan mereka sangat luar biasa. Ini impian kami sejak dahulu. Bermula daripada cakap kosong dan tak pernah sangka momen ini akan jadi kenyataan selepas 10 tahun,” katanya.

Sementara itu, vokalis Iqie turut berkongsi kisah pengorbanannya meninggalkan bidang pengajian perniagaan demi mengejar minat dalam muzik.

10 Tahun Tunggu… Imsomniacks Sebak Lihat 2,400 Fans Depan Mata! – “Kami Rasa Puas, Peminat Nampak Gembira.”

Ads

“Saya berhenti daripada menyambung pengajian dalam bidang bisnes dan masuk ke sekolah muzik. Saya rasa diri ini memang tak boleh buat perkara lain selain muzik.

“Saya bagitahu ibu ayah, ini bidang yang saya nak kejar. Alhamdulillah mereka sentiasa menyokong saya sehingga hari ini dan sampai bila-bila.

“Keputusan ini sangat berbaloi kerana kami dapat menunjukkan kepada keluarga yang kami mampu sampai ke tahap ini,” jelasnya.

Tangisan, Kenangan & Persembahan Mantap!

Dalam pada itu, bagi Daniel Lee selaku gitaris utama, dia akui perjalanan selama 10 tahun mereka bukan mudah, lebih-lebih lagi ketika berdepan cabaran pandemik.

10 Tahun Tunggu… Imsomniacks Sebak Lihat 2,400 Fans Depan Mata! – “Kami Rasa Puas, Peminat Nampak Gembira.”

Ads

“Banyak perkara yang saya lalui sepanjang bersama kumpulan Insomniacks. Saya sangat bersyukur kerana berjaya sampai ke tahap ini. Ia perjalanan yang sangat panjang.

“Momen paling sukar adalah ketika Covid-19 melanda. Pada waktu itu, nama kami baru mula nak naik. Namun, kita semua kena duduk di rumah dan tak boleh nak buat apa-apa.

“Sebagai anak seni, kita sentiasa nak berkarya lebih-lebih lagi untuk mencari pendapatan hidup. Bila semuanya tidak menjadi, kami agak kecewa. Kini, alhamdulillah keadaannya lebih baik,” katanya.

Konsert tersebut menyaksikan Insomniacks mempersembahkan 21 buah lagu termasuk hit mereka seperti Reminisensi, Pulang, Sempurna dan Igauan Malam.

10 Tahun Tunggu… Imsomniacks Sebak Lihat 2,400 Fans Depan Mata! – “Kami Rasa Puas, Peminat Nampak Gembira.” 10 Tahun Tunggu… Imsomniacks Sebak Lihat 2,400 Fans Depan Mata! – “Kami Rasa Puas, Peminat Nampak Gembira.”

Ads

Persembahan turut diserikan dengan duet bersama Nabila Razali, Killa Driz dan penyanyi dari Indonesia, Nabila Taqiyyah.

10 Tahun Tunggu… Imsomniacks Sebak Lihat 2,400 Fans Depan Mata! – “Kami Rasa Puas, Peminat Nampak Gembira.” 10 Tahun Tunggu… Imsomniacks Sebak Lihat 2,400 Fans Depan Mata! – “Kami Rasa Puas, Peminat Nampak Gembira.”

Antara segmen paling menyentuh perasaan adalah ketika tayangan video perjalanan Insomniacks selama 10 tahun dipertontonkan, membuatkan kesemua anggota tidak dapat menahan sebak.

Malah, kumpulan ini turut mengimbau era awal mereka dengan menyanyikan lagu-lagu cover popular seperti Terakhir (Sufian Suhaimi) dan Amnesia (5 Seconds of Summer).

Konsert Insomniacks: Echoes Of Dreams yang dianjurkan oleh SAH Entertainment ini bakal diteruskan di Singapura pada 16 Ogos depan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI