10 Tahun Setia Di Sisi Elyana Lawan Kanser, Kata Khairul Anuar “Kita Sudah Janji Semasa Akad Nikah… Terlalu Sayang.”

Share

Suami kepada penyanyi Elyana, Khairul Anuar Husin,48, menjawab pertanyaan media mengenai kesetiaannya dalam menjaga isteri yang berjuang melawan kanser selama 10 tahun.

Menurut Khairul Anuar, dia sebagai ketua keluarga cuba sebaik mungkin untuk berada di samping isteri tercinta selepas selamat diijab kabulkan sebagai pasangan yang sah walau apa yang terjadi.

“Ia satu situasi yang memang saya kena hadapi. Kita kena fikir bahawa kita sudah berjanji ketika akad nikah untuk menjaganya. Selagi kita mampu, kita jaga.

“Sebab kita bukan sahaja berjanji kepada manusia, tetapi juga pada Allah SWT. Jadi saya cuba tunaikan,” katanya.

Tambahnya lagi, perasaan sayang yang kuat terhadap penyanyi lagu Kalis Rindu itu turut mendorongnya untuk terus harmoni bersama isteri dan anak-anak.

“Mungkin juga kerana saya terlalu menyayanginya. Iyalah sebagaimana orang lain mungkin ada ibu bapa lagi. Saya pula sebaliknya. Hanya tinggal dia dah anak. Hanya mereka yang saya ada untuk jaga. Jadi cubalah untuk menjaga mereka dengan baik,” katanya lagi.

Terdahulu, Elyana,34, memaklumkan berita gembira apabila apabila penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya telah hilang.

Menerusi laman sosial Instagram, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, memuat naik sekeping foto dan video hasil imbasan badannya bersama doktor untuk tatapan umum pada 8 Disember lalu.

Elyana berkahwin dengan Khairul Anuar pada tahun 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata Cinta Sumayyah, 12, dan seorang anak angkat iaitu Ramadhani yang kini berusia tiga tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN