Kumpulan Kugiran Masdo meluahkan rasa teruja dengan sokongan luar biasa peminat yang hadir ke Konsert Al Kisah Masdo 10 Tahun di Zepp, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Menurut vokalisnya, Ali Sariah, kejayaan mereka bertahan sehingga kini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan yang berterusan daripada para peminat sejak penubuhan kumpulan pada tahun 2015.

10 Tahun Masdo, Bertahan Atas Sokongan Peminat & Doa Keluarga – “Jika Masih Ada Peluang, Hargai Terus Ibu Bapa.”

10 Tahun Masdo, Bertahan Atas Sokongan Peminat & Doa Keluarga – “Jika Masih Ada Peluang, Hargai Terus Ibu Bapa.”

“Terima kasih kepada semua pihak yang datang ke konsert ‘Al Kisah Masdo 10 Tahun’. Ada yang sanggup datang daripada jauh dan dekat.

“Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik, Masdo sudah pun mencapai usia yang ke-10. Terima kasih kepada kalian semua yang menyokong daripada awal sehingga sekarang.

“Di sebabkan sokongan anda, kita mampu berdiri sehingga hari ini,” katanya.

Sementara itu, pemain bass, Putuceri menyifatkan Masdo sebagai sebuah kumpulan bertuah kerana berpeluang merakamkan album penuh di Abbey Road, United Kingdom.

Ads

10 Tahun Masdo, Bertahan Atas Sokongan Peminat & Doa Keluarga – “Jika Masih Ada Peluang, Hargai Terus Ibu Bapa.”

“Alhamdulillah, kami dikurniakan rezeki untuk merakamkan album pertama di Abbey Road, United Kingdom. Kami tak sangka impian kami menjadi kenyataan.

“Ini semua berkat daripada sokongan anda juga. Kalau nak pergi dengan duit sendiri, memang tidak akan dapat rasa peluang ini.

“Jika anda hadir ke Konsert Malam Keramaian Dinda, anda adalah antara penyumbang kepada impian tersebut,” ujarnya.

Konsert turut dipenuhi dengan persembahan lagu-lagu hits Masdo daripada album pertama termasuk Teruna & Dara, Perih Jerih, Bercanda Di Malam Indah, Pujaanku, Bunga dan Janji Manis Dinda.

Ads

10 Tahun Masdo, Bertahan Atas Sokongan Peminat & Doa Keluarga – “Jika Masih Ada Peluang, Hargai Terus Ibu Bapa.” 10 Tahun Masdo, Bertahan Atas Sokongan Peminat & Doa Keluarga – “Jika Masih Ada Peluang, Hargai Terus Ibu Bapa.”

Doa Ibu Bapa Jadi Kekuatan

Antara momen paling menyentuh hati sepanjang konsert, ketika semua anggota Masdo membawa ibu masing-masing naik ke pentas untuk menyaksikan detik bersejarah mereka.

10 Tahun Masdo, Bertahan Atas Sokongan Peminat & Doa Keluarga – “Jika Masih Ada Peluang, Hargai Terus Ibu Bapa.”

Ali turut menegaskan bahawa kejayaan Masdo hari ini adalah hasil daripada doa dan restu keluarga yang tidak pernah putus.

Ads

“Kami berada di tahap ini pun kerana restu daripada ibu dan ayah. Sokongan dan doa mereka yang membuatkan kami terus kuat untuk berjuang dalam bidang seni.

“Jasa bapa juga kita tak patut lupakan. Walaupun mereka tak tunjuk atau luahkan perasaan, sebenarnya mereka juga bangga. Jika masih ada peluang, hargai terus ibu bapa anda,” kongsinya lagi.

Konsert Al Kisah Masdo 10 turut dimeriahkan dengan kehadiran artis jemputan seperti Noh Salleh, Hujan, Fizan Bittersweet dan Heidi Moru.

10 Tahun Masdo, Bertahan Atas Sokongan Peminat & Doa Keluarga – “Jika Masih Ada Peluang, Hargai Terus Ibu Bapa.” 10 Tahun Masdo, Bertahan Atas Sokongan Peminat & Doa Keluarga – “Jika Masih Ada Peluang, Hargai Terus Ibu Bapa.” 10 Tahun Masdo, Bertahan Atas Sokongan Peminat & Doa Keluarga – “Jika Masih Ada Peluang, Hargai Terus Ibu Bapa.”

Malam istimewa itu juga menyaksikan Masdo membuat persembahan tribute bagi menghargai penyanyi era pop 60-an.

Antara lagu yang dibawakan termasuk Kenangan Mengusik Jiwa (A. Ramli), Selamat Tinggal Pujaan (S. Jibeng), Mas Mona (Jeffrydin), Suzana (M. Osman) dan Malam Pesta Muda Mudi (Puan Seri Saloma).

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads