Penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor telah membuat keputusan untuk tidak pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka bakal tiba pada Ahad depan meski tinggal tidak jauh dari kediaman ibunya.

Jelas Rosyam atau nama penuhnya Mohamed Noor Shamsuddin, dia melakukan perkara tersebut kerana mematuhi arahan yang telah ditetapkan pihak kerajaan.

“VIDEO CALL AJE” ya MAK. Tapi Mak aku tunjuk Sebab #sayangmak Menyahut arahan Kerajaan dan KKM.

“Walaupun rumah mak aku dekat Kg Melayu Subang aje. 10 minit dari rumah aku. Tapi sebab mak dah umur 80 tahun, kami sekeluarga dan keluarga adik beradik yang semua ya tinggal di KL mengambil keputusan tidak balik kampung beraya tahun ni,” tegasnya.

Selain itu, pengarah berusia 53 tahun ini menjelaskan tindakan tersebut dilakukan demi keselamatan dan kebaikan semua orang.

IKLAN

“Sebab Gantung Banner kerana takut kami tak balik orang lain pulak datang.

“Sebab kalau raya rumah mak aku jadi tumpuan beratus anak cucu, anak cucu saudara. Sebab dalam keluarga mak aku dia saja yang masih hidup.

“Jadi anak cucu semua akan datang bertandang.

“Maafkan kami sekeluarga. Untuk kebaikan bersama InshaAllah ada umur tahun depan kita RayaSakan okey,” tulisnya.

View this post on Instagram

“VIDEO CALL AJE” ya MAK 😭😭 Tapi Mak aku tunjuk 👍 Sebab #sayangmak Menyahut arahan Kerajaan dan KKM. Walaupun rumah mak aku dekat Kg Melayu Subang aje. 10 minit dari rumah aku. Tapi sebab mak dah umur 80 tahun,kami sekeluarga dan keluarga adik beradik yang semua ya tinggal di KL mengambil keputusan tidak balik kampung beraya tahun ni. Sebab Gantung Banner kerana takut kami tak balik orang lain pulak datang. Sebab kalau raya rumah mak aku jadi tumpuan beratus anak cucu,anak cucu saudara. Sebab dalam keluarga mak aku dia saja yang masih hidup. Jadi anak cucu semua akan datang bertandang. Maafkan kami sekeluarga. Untuk kebaikan bersama InshaAllah ada umur tahun depan kita RayaSakan okey

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam) on

Pada masa yang sama, netizen memuji sikap tegas Rosyam yang patuh terhadap undang-undang yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Untuk maklumat, pihak kerajaan telah menetapkan syarat tidak membenarkan rakyat merentas negeri atau pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi menghindari peningkatan kes positif Covid-19.

Foto: Instagram Rosyam Nor