MH Online sempat hadir ke The Concert Kuala Lumpur 2017 Sheila Majid yang diadakan semalam di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Memang meriah dan fantastik itu yang boleh kami katakan sepanjang konsert tersebut berlangsung.

Dengan menyampaikan sebanyak hampir 35 buah lagu dalam masa hampir 3 jam, Datuk Sheila Majid telah buktikan pada semua dirinya masih layak untuk bergelar Ratu Jazz bertaraf antarabangsa.

IKLAN

Ku Mohon, Jentayu, Kerinduan, Warna, Memori dan banyak lagi lagu-lagu kegemilangannya dikembalikan semula di dalam stadium yang dipenuhi dengan ribuan penonton.

Bukan sahaja berjaya mengembalikan kegemilangannya malah, Sheila juga berjaya meyakinkan penonton otai masih berbisa.

IKLAN

Di sebalik kejayaan konsertnya itu, Sheila juga berjaya memukau mata penonton dengan keindahan sarungan dress yang direka khas oleh Michael Ong yang diberi tanggungjawab untuk menyerlahkan lagi identiti penyanyi tersebut.

Sepanjang konsert berlangsung, Sheila sempat mengenakan tiga persalinan khas yang cukup stunning dan nampak punyai kelasnya yang tersendiri.

IKLAN

Antara baju yang di sarung adalah dress pink off shoulder ala ratu, dress yang diperbuat daripada serpihan cermin dan jumpsuit fringe gliter rona unggu muda.

Melihat penampilannya malam itu, membuatkan ramai terkejut dan seakan tidak percaya penyanyi tersebut telah mencecah usia 52 tahun.

Apa pun MH Online memuji stamina dan kelincahan Datuk Sheila sepanjang konsert itu berlangsung.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI