Bagi sesiapa yang melayari internet hari ini pasti tahu tentang berita pelakon wanita, Fasha Sandha dan bekas suami, Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli sudah berdamai demi kebaikan anak-anak.

Berita mereka berdamai ini dikongsikan sendiri oleh Fasha dan Jejai menerusi akaun Instagram mereka.

Pelbagai spekulasi timbul selepas netizen melihat perkongsian itu dan ada yang mengatakan bahawa bekas suami dan isteri ini bakal rujuk semula.

Rentetan daripada hal itu, Fasha tampil menafikan yang dia juga bekas suami akan rujuk semula seperti spekulasi oleh orang ramai di akaun Instagramnya.

IKLAN

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

“Assalamualaikum, buat followers kesayangan

“Saya mendapat beribu komen positif melalui semua laman sosial media saya hari ini berkenaan saya dan Rizal.

“Ingin saya nyatakan disini, saya dan Rizal tidak RUJUK.

“Kami berdamai dan mendapat penyelesaian secara baik terhadap kesemua kes2 termasuk Hak penjagaan. Saya sebagai Ibu masih kekal menerima hak penjagaan sepenuhnya buat kedua anak2 saya. Saya harap perkara ini jelas. .

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di atas doa yang baik2 buat saya dan anak-anak.

“Juga terima kasih buat Peguam terbaik saya Tuan Zulkifli Yong Azmi & Co.

“Terima kasih juga kepada Tuan Badri Hj Idris (peguam Rizal)

“Syukur Alhamdulillah, Terima kasih. #iburayfalraysha,” luahan Fasha.

Rata-rata pengikut Fasha telah menginggalkan kata-kata yang positif buat dirinya di ruangan komen.

eimaazainal: Fasya saya doakn allah satukn kembali fasya bersama suami dan ank2aamiin… Ank2perlukn kasih syg seorg papa.. ????????

IKLAN

rina__syedhussin: Tak salah kan sis @fashasandha klu both of u berbaik sbb masing2 sgle kan?? Kami peminat selalu doakan yg terbaik..

ellymasaliza: Itula yg sebaiknya. Berbaik demi anak2. Jgn mereka kurang kasih syg seorg ayah. Tapi klu kak @fashasandha rujuk semula pun alhamdulillah. Happy 4 u kak?

IKLAN

shinsin87: Yalah..tp xper yg penting kedua2 pihak dah berbaik.mana tau ada jodoh lg lps ni…hehe..#msh jua mharap kan sis

Nampaknya masih ramai yang mengharapkan Fasha dan Jejai rujuk semula. Kalau ada jodoh tak ke mana kan, kita doakanlah yang baik-baik buat mereka.

Sumber: Instagram Fasha Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI