Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mengucap panjang bila terbaca sebuah posting yang dikongsi oleh pelakon wanita yang sangat berbakat besar, Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ogy.

Kak Ogy telah berkongsi screenshot yang merupakan sebuah komen daripada netizen tentang air tangannya sebagai seorang artis.

Individu yang menulis komen tersebut telah mengatakan bahawa kalau boleh dielakkan daripada memakan makanan yang dihasilkan oleh air tangan ‘retis’ atau artis.

@ezaieyda: Kalau boleh elakkan dari makan air tangan artis… masa muda mengangkang sana sini, bila tua dah tak ada punca pendapatan mulalah berjualan, sambal bodoh taruk nama lagend… air tangan tu jangan bagi anak-anak makan.

Saya Terima Komen Ini Hari Ni Dari Hamba Allah Ini Ttg Produk Saya, Ttg Kerja Saya Sbg Artis. Saya Nak Pandangan Anda.

A post shared by Fauziah Ahmad Daud (@kak_ogy) on

Menerusi posting ini Ogy telah menulis kapsyennya dengan bertanyakan pandangan tentang perkara ini daripada pengikut-pengikutnya di instagram.

“Saya terima komen ni dari hamba Allah ini tentang produk saya. Tentang kerja saya sebagai artis. Saya nak pandangan anda,” tulis kapsyennya.

Rata-rata netizen telah meninggalkan komen dengan meluahkan rasa geram dan marah dengan individu tersebut. Perkara ini juga telah mendapat perhatian daripada rakan-rakan artis lain yang turut berasa kesal atas kata-kata yang dikeluarkan oleh individu tersebut.

fauziahnawi: Just ignore this bad person. If need be get the advice if your counsellor aka lawyer @kak_ogy may Allah SWT protects you always.

the_haidars: Nak ku carut tapi bulan puasa.. walau dlm hati dah ku carut pun..

sheilarusly_jspictures: Subhanallah mengucap lahhhh @ezaieyda saper awak nak menghukum @kak_ogy & artis!! Tu kerja allah..Jgn kita menghina sesama kita! Ni lah kesilapan melayu. Sedihhh dgn kata2 awak yg langsung x mencerminkan iman. Moga allah ampunkan dosa2 awak. @jinggo_jspictures @mariajaafar

shihazikir: Ya Allah..busuknye hati..baca dari tulisan dia pun dah tau hati dia sendiri macamane..sabar ye sis Ogy..Doakan yg baik2 utk yg komen tu..

Walau bagaimanapun, Ogy telah dihubungi oleh sebuah portal hiburan untuk bertanyakan tentang perkara ini dan Ogy berkata, sememangnya dia sangat terkejut dengan komen yang diterima oleh individu tersebut.

“Saya langsung tidak kenal siapa dia, kenapa dia bertindak menghina, memfitnah dan cuba untuk menabur pasir dalam ‘periuk nasi’ saya? Dia pernah ke nampak saya ‘mengangkang’ sana sini masa saya muda-muda dulu?

 

“Saya tahu akaun tersebut palsu dan digunakan untuk menghentam saya.

“Namun saya terpanggil untuk berkongsi entri tersebut sekadar mahu menyedarkan netizen kalaupun ada yang bencikan saya sekalipun, sekurang-kurangnya hormatlah bulan penuh mulia ini,” katanya.

Sebagai manusia kita tidak layak untuk menghukum. Rezeki tu kan datangnya daripada ALLAH SWT jadi siapa kita untuk menilai atau memberi hukuman kepada orang lain.

Apa-apa pun diharapkan Ogy sabar dengan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya. Semoga perniagaan sambal Ogy lebih berjaya selepas ini.

Sumber: Instagram Fauziah Ahmad Daud & Mstar Online

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "