Ads

Siti Nurhaliza Dan Suami Maafkan Penyebar Gambar Anak

MH pasti ramai yang sedia maklum bahawa penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru sahaja selamat melahirkan cahaya matanya beberapa hari lalu.

Ramai yang gembira di atas kelahiran puteri sulung Siti, namun dalam kegembiraan itu ada pula isu yang mendapat perhatian ramai apabila gambar anak kepada Siti tersebar di media sosial.

Rata-rata peminat kepada penyanyi nombor satu ini naik berang dan marah dengan penyebar gambar tersebut.

Ads

Semalam jurusolek yang menyebarkan gambar anak Siti telah pun memohon maaf atas kesilapan yang telah dilakukan.

Ads

Dalam pada itu menurut satu sumber, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali dengan nama Datuk K, telah memaafkan individu yang menyebarkan gambar anak mereka.

Ads

“Pihak kami sudah memaafkan individu yang menyebarkan foto bayi kami. Tidak mahu menjadikan ia satu isu sebab saya dan Siti pun sudah reda,” kata Datuk K kepada Mstar Online.

MH harap perkara yang terjadi ini dapat dijadikan iktibar kepada semua orang. Sebagai manusia kita harus menghormati privacy orang lain.

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Hadiah Persahabatan Bertahun Lamanya, Rizman Ruzaini Reka Busana Biru Istimewa, Khas...

Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira. Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...
error: Hello. Cannot.