Bila dah bergelar anak seni ini, kadang-kadang haruslah mengadap kata-kata orang.

Tambahan dengan adanya media sosial, netizen mudah sahaja ‘berkata-kata’ tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Terbaru, pelakon, pelawak dan penyanyi, Saiful Apek berkongsi luahan menerusi instagramnya.

“Selama ni sy buat anda semua ketawa, tapi anda semua asyik buat sy menangis. Kalau boleh buat masa ni, cukup-cukup dulu sebab tak terangkat dek bahu ni nak pikul.

“Terlalu berat, kalau boleh, bagi ’emoji’ je. Namun sy tetap hargai anda semua. Syukur اَلحَمْدُ لِله

“Anda semua lebih hebat kerana membuatkan saya nampak hebat. Maha Hebat nya Pencipta kita!

“All of you are greater than me, by making me look great. our Creator is the greatest!” اَللّهُ اَكْبَرُ (petikan DM dari @uchu_mai ),” kongsinya.

Rupanya Apek berkongsi mengenai peminat yang memberikan kata-kata semangat terhadapnya.

IKLAN

Susulan itu, ramai peminat mula membanjiri ruangan komen Apek memberikan penghormatan dan penghargaan terhadapnya.

“Selama Ini Saya Buat Anda Semua Ketawa, Tapi Anda Semua Buat Saya Menangis”- Saiful Apek

IKLAN

“Selama Ini Saya Buat Anda Semua Ketawa, Tapi Anda Semua Buat Saya Menangis”- Saiful Apek

“Selama Ini Saya Buat Anda Semua Ketawa, Tapi Anda Semua Buat Saya Menangis”- Saiful Apek

IKLAN

Pada MH yang juga turut membesar dengan lawak-lawaknya, memang Apek dikenali sebagai ‘legend’ dalam industri lawak negara.

“Selama Ini Saya Buat Anda Semua Ketawa, Tapi Anda Semua Buat Saya Menangis”- Saiful Apek

Apapun, MH rindu nak lihat lawaknya!

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI