Kalau anda masih ingat beberapa hari lalu kecoh di media sosial apabila tersebarnya satu video yang merakamkan kemarahan penyanyi terkenal, Saleem dan isterinya terhadap sebuah syarikat rakaman.

Rentetan daripada video yang tular itu, isteri Saleem, Julia Bachok dan Saleem sendiri telah tampil memohon maaf atas perkara yang telah berlaku itu.

Julia menerangkan bahawa dua tiga hari yang lalu ketika dia sedang marah itu adalah bukan dirinya dan dirinya yang sebenar adalah ketika memohon maaf ini.

“Saya Julia selaku pengurus dan isteri kepada Saleem, dan inilah sebenarnya dan yang dua tiga hari lepas tu bukan saya.

 

“So saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan terutama sekali orang Johor.

 

“Bila saya tengok video itu semula, saya sendiri amat sedih dan saya mohon maaf kepada semua yang sudah saya sebutkan tadi,” jelas Julia.

Julia memberitahu ketika dia sedang marah tempoh hari dia dalam keadaan beremosi dan tertekan dengan keadaan suaminya yang baru keluar dari hospital serta tertekan dengan keadaan di luar yang tidak dapat dikawal olehnya.

“Masa saya marah tu saya dalam keadaan emosi dan tekanan suami saya baru keluar dari hospital dan tekanan daripada luar yang saya tak dapat nak control,” jelasnya lagi.

Dia mengakui kesal dengan apa yang telah dilakukannya tempoh hari dan memohon maaf kepada semua yang terkesan dengan kata-kata saya.

IKLAN

Berulang kali perkataan maaf dipohon olehnya kepada sesiapa sahaja yang mengenalinya dia menyatakan inilah dirinya yang sebenar dan hatinya kini sudah sejuk daripada perkara yang berlaku tempoh hari.

Saleem juga turut menjelaskan situasi yang dilalui isterinya tempoh hari kerana tidak dapat mengawal perasaannya ketika sedang marah.

IKLAN

“Hari tu dia tak dapat nak control perasaan dia dan siapa-siapa pun kalau duduk ditempat tu akan marah sama ada saya sendiri pun akan keluarkan benda yang pelik-pelik,” ujar Saleem.

Namun Saleem menjelaskan ketika sudah pulang ke rumah mereka duduk berbincang dan mendapati sepatutnya perkara tersebut tidak patut berlaku.

IKLAN

Terdahulu menurut sebuah video yang tersebar, merakamkan betapa marahnya isteri Saleem ketika itu berhubung isu mengguna nama suaminya untuk tujuan promosi album artis baru, Syafiq Farhain yang merupakan anak kepada Saleem.

Semoga apa yang telah terjadi ini dijadikan iktibar buat semua dan kepada Julia sendiri agar tidak mengulangi kesalahan yang sama di masa hadapan.

Sumber: Youtube Viro Besttia & Malaysia Viral

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI