Baru-baru ini telah berlangsungnya perlawanan Akhir TM Piala Malaysia edisi ke-91 yang berlangsung di Stadium Shah Alam yang telah berpihak kepada negeri Johor Darul Takzim (JDT).

Setelah diumumkan kemenangan buat negeri itu, pelakon Mia Ahmad tidak dapat menyembunyikan rasa gembira melihat wajah ceria suaminya, penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Romantisnya, Mia Ahmad Hadiahkan Ciuman Di Pipi Suami

Menerusi entri yang dimuat naik pelakon itu, dia telah memeluk dan menghadiahkan ciuman di pipi buat suaminya.

Gelagat Mia yang dirakamkan menerusi sebuah video itu mengundang ribuan komen daripada peminatnya.

IKLAN

Izham pula kelihatan malu-malu namun tersenyum bersama isteri kesayangannya yang hadir bagi memberi sokongan padu buatnya.

Perkongsian pelakon drama Hati Perempuan itu telah menerima lebih daripada satu juta tontonan. Rata-rata pengikutnya berkata menyukai dan melabelkan gelagat spontan Mia itu comel dan ‘sweet’.

Ruangan komen di Instagram Mia juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dan meninggalkan komen mengucapkan tahniah buat JDT.

IKLAN

Romantisnya, Mia Ahmad Hadiahkan Ciuman Di Pipi Suami

Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menamatkan kemarau 25 tahun selepas menjulang Piala Malaysia 2017 dengan menundukkan Kedah 2-0.

IKLAN

Untunglah Izham, isteri pun cantik menawan, pandai ambil hati suami pulak tu!

Di sini MH Online kongsikan video romantis tersebut khas buat peminat Mia Ahmad :

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI