Select Page

Pelakon Ramona Zamzam kini telah disahkan hamil tiga bulan hasil perkahwinannya bersama suaminya, Rami Alashkar.

Seperti sedia maklum, semua wanita yang sedangmelalui proses kehamilan tidak digalakkan untuk melakukan kerja-kerja berat dan lasak untuk memastikan kesihatan bayi di dalam kandungan sentiasa dalam keadaan baik.

Namun sebaliknya bagi Ramona, di usia kandungannya yang mencecah tiga bulan, dia telah berjaya melakukan aktiviti mendaki bukit bersama suaminya di Padar Island, Indonesia baru-baru ini.

Ramona berkata dia dan suami sememangnya menyukai aktiviti lasak dan dia juga mengakui bahawa sepatutny adia tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti mendakiitu dengan keadaan dirinya yang sedang hamil.

“Saya dan suami memang sukakan aktiviti lasak, jadisaya ambil keputusan untuk ‘hiking’ bersama suami.

“Saya tahu dengan keadaan hamil tiga bulan sepatutnya tidak digalakkan untuk mendaki gunung tapi nak buatmacam mana, rasa seronok pula.

“Suami pula banyak berikan sokongan dan bila dia dah kata begitu, saya pun rasa makin bersemangatlah,” katanya.

Menurut Ramona lagi, bukit yang didakinya itu tidaklah tinggi mana pun, ketinggian bukit tersebut diibaratkan seperti separuh daripada ketinggian bukit broga.

“Bukit itu taklah tinggi mana, ibarat separuh daripada bukit Broga, tapi terus terang saya katakan stamina memang kurang walaupun kami mendaki secara perlahan-lahan,” jelasnya lagi.

Katanya lagi, dia telah menyembunyikan aktiviti mendaki bukit yang dilakukannya oleh ibunya.

“Nasib baik saya sembunyikan perkara itu daripada pengetahuan mama. Kalaulah mama tahu, mesti dia menjerit,” katanya.

Sumber: Astro Gempak

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official

Comments

error: