Select Page
  • 3.7K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    3.7K
    Shares

Tidak semua usikan kita boleh diterima orang ramai. Mungkin ada yang selesa dan mungkin juga tidak.

Itulah yang berlaku kepada penyanyi muda yang namanya kini sedang meningkat naik iaitu Ismail Izzani.

Mungkin ada yang perasan dan mungkin juga tidak, baru-baru ini Ismail ada membuat satu rakaman video live di akaun Instagramnya menunjukan dia bersama rakan-rakannya nakal mengusik seorang pekerja di restoran makanan segera popular Malaysia di laluan pandu lalu.

Berpura-pura seperti memandu kereta walhal berjalan kaki, Ismail Izzani di kecam kerana dikatakan mempersendakan pekerja tersebut.

Bagaimanapun, melalui mStar Online, Ismail yang ditemu ramah oleh mereka menjelaskan sebenarnya niatnya hanya sekadar ingin bergurau sahaja dan tiada niat untuk menyakiti hati sesiapa.

“Sebenarnya kami memang begitu, hyper. Bila dah tidur di dalam kapal terbang, bila landing je, tenaga kita dah lain macam. Dapat pulak kawan-kawan yang sama kepala dengan kita jadi apa yang kitorang buat memang tindakan yang tidak memberangsangkan lah,” katanya.

Ismail sempat berjenaka kononnya dia ingatkan dia membawa kereta betul-betul

“Ingatkan bawak kereta betul-betul, rupanya tiada kereta. So maksudnya lepas ni Mail kena pergi dengan kereta yang betul. Itu pengajaran yang Mail dapat hari ini,” jelasnya lagi.

Malah, Ismail memberitahu dirinya tidak fikir pekerja tersebut rasa terhina kerana mereka turut terhibur bersama.

“Diorang pun ada yang kenal, di situ boleh nampak bukan kitorang nak kata peramah ke apa tapi nak buat kawan. Being friendly it’s not a bad things. Buat macam ini adalah cara nak dekatkan diri dengan orang. Tiadalah menghina pekerjaan mereka. Malah pekerja tersebut turut gelak-gelak tetapi tidak sangka ia menjadi isu,” jelasnya.

Dalam pada itu, melalui Insta Storiesnya Ismail turut menjelaskan sedikit tentang isu ini dan berkata sinis tidak kisah apa sahaja respon netizen…

“Saya nak cakap pasal drive thru tu, saya sahaja tak nak pakai kereta saya, orang kata saya tak matang tak apalah. Saya tak kisah pun. Korang semua pun ada hak untuk kata macam tu sebab saya budak kecil lagi dan saya pun tak ambil SPM. Saya cakap sikit je kan? Esok lusa kita jadi matang ya,” katanya.

Aduh macam-macam lah, nakal juga Ismail Izzani ni ya, biasalah budak-budak lelaki memang begitu. Apapun diharap selepas ini Ismail lebih berhati-hati.

SUMBER: mStar Online  & Twitter

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: