Ads

 ‘Patutnya Saya Dah Bersalin Sekarang, Tapi Bayi Tak Mahu Keluar’ Yatt Hamzah Bimbang Kandungan Overdue 12 Hari

Selalunya, momen yang dinanti ibu mengandung tentulah saat melahirkan.

Namun berbeza dengan selebriti, Yatt Hamzah apabila dia kini sudah ‘overdue’ hampir 12 hari.

MH difahamkan bahawa Yatt dijangka melahirkan pada 19 Mac lalu namun hingga kini masih tiada tanda untuk bersalin.

 ‘Patutnya Saya Dah Bersalin Sekarang, Tapi Bayi Tak Mahu Keluar’ Yatt Hamzah Bimbang Kandungan Overdue 12 Hari

Ads

Berikutan itu, Yatt ada meluahkan kerisauannya mengenai perkara tersebut di laman Instagram miliknya.

“Patutnya saya dah bersalin sekarang dan sedang berpantang masa ini tapi baby tak nak keluar lagi jadi saya pergilah kelas dahulu.

“Moga-moga melekat doa yang baik-baik untuk saya dan baby. Tapi kita hanya merancang, ALLAH SWT sebaik-baik perancang yang menentukan perjalanan hidup kita.

“Ya, saya masih belum melahirkan walaupun sudah 12 hari overdue. Baby sangat selesa dalam perut bondanya ini,” tulisnya di Instagram.

 ‘Patutnya Saya Dah Bersalin Sekarang, Tapi Bayi Tak Mahu Keluar’ Yatt Hamzah Bimbang Kandungan Overdue 12 Hari

Ads

Sebelum ini, Yatt juga ada mengakui bahawa dia sudah tidak larat.

Ads

“Hari ni 29 Mac genap 10 hari Bonda YH overdue. Adakah #babyYH akan ikut jejak langkah kakak Nia dia @sucihananiamalika yang overdue dua minggu lebih? Kak Iqlima @sucihumairaiqlima dua hari je lewat.

“Adakah #babyYH nak sambut birthday pada bulan April sama dengan bondanya sebab dah hujung-hujung Mac ni.

“No No No anak, janganlah lama sangat dalam perut Bonda tu anak, kesian Bonda dah tak larat dah ni. Sarat sangat seluruh tubuh Bonda ni anak. Kesian juga pada kakak-kakak mu & abahmu wahai #babyYH, yang dah lama excited tunggu awak keluar,” tulisnya.

 ‘Patutnya Saya Dah Bersalin Sekarang, Tapi Bayi Tak Mahu Keluar’ Yatt Hamzah Bimbang Kandungan Overdue 12 Hari

Apa-apapun, MH doakan kesihatan kedua-dua ibu anak dan semoga Yatt selamat melahirkan.

Sumber: IG Yatt Hamzah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Dah Tukar Baju & OTW Nak Balik, Ernie Zakri Terimah Lebih...

Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
error: Hello. Cannot.