Ahad lalu, penyanyi remaja, Haqiem Rusli mengejutkan para peminatnya apabila memberi bayangan akan bersara daripada industri muzik.

Penyanyi Jatuh Bangun itu membuat pengumuman berkenaan menerusi platform perkongsian gambar popular, Instagram.

Meski sudah memberi gambaran awal terhadap pengunduran dirinya tidak lama lagi, pemilik nama lengkap Ridzuan Haqiem Rusli, 21, itu bagaimanapun memberitahu, dia hanya membuat keputusan berhubung perkara tersebut bulan depan.

IKLAN

“Pengumuman penting kepada semua,dah lama saya tunggu saat ini,dalam keadaan sekarang serta waktu yang tepat. Saya ingin memberi tahu tentang posisi saya dalam industri muzik,BERHENTI atau TIDAK, pada AWAL BULAN JULY saya akan memberi jawapan sepenuhnya.

 

“Banyak perkara yg berlaku apabila saya di dalam industri muzik,mereka yg bercakap senang,tapi saya yang rasa sakit dan perit.Buat masa sekarang saya mahu berehat dari SOCIAL MEDIA dan pada 24 jun saya akan hadirkan diri show di IPOH,mungkin ia akan menjadi show terakhir saya sebagai seorang penyanyi,mungkin.,kerana 70% peratus sudah diri saya mengatakan ia,tapi apa2 boleh berlaku,” tulisnya.

Padam Gambar di IG & Alami Depresi, Haqiem Rusli Beri Bayangan Mahu Bersara Daripada Dunia Seni!

Pada masa sama, bintang berusia 21 tahun itu juga turut meminta agar para peminat faham akan situasi sambil menyifatkan masalah depresi yang dialami sejak awal tahun masih berlarutan sehingga kini.

IKLAN

“Kepada qiemilio jangan marah saya,sila faham keadaan saya dan anda pun tahu saya memiliki depression ni dari awal tahun dahulu dan ia terus berlaku sampai ke hari ini,bukan depress je,macam2 lagi.Keluarga serta FMC sudah memberi saya rehat dan berfikir hingga habis bulan June.

 

“Tunggu saya Haqiem Rusli pada awal bulan JULY. Keputusan akan diberitahu,” tulisnya.

Pengumuman penuh tanda tanya itu turut menimbulkan reaksi yang pelbagai di kalangan pengikutnya. Malah, akaun rasmi milik Haqiem juga tidak lagi aktif, hanya memiliki sekeping gambar yang merupakan posting berhubung pengumuman berkenaan.

IKLAN

Padam Gambar di IG & Alami Depresi, Haqiem Rusli Beri Bayangan Mahu Bersara Daripada Dunia Seni!

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI