Tular di media sosial baru-baru ini mengenai pelakon, Mia Ahmad yang telah berkongsi kegembiraan bersama suami dengan memeluk dan mencium suaminya, penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi di pipi.

BACA JUGA> Romantisnya, Mia Ahmad Hadiahkan Ciuman Di Pipi Suami

Aktres drama Hati Perempuan itu juga sempat mengulas mengenai video yang tular itu dimedia sosial yang di muat naik pada Ahad lalu kepada sebuah portal online.

Mia berkata ciuman itu berlaku secara automatik dan tidak dibuat-buat disebabkan dia terlalu gembira dengan kejayaan suaminya.

Mia Ahmad Jawab Kecaman Peminat Cium Suami

IKLAN

Malah, dia juga berkata dia tahu bagaimana suaminya itu bekerja keras bersama pasukan JDT membuat persiapan untuk berdepan pasukan Kedah pada malam tersebut.

Padanya, perkara itu normal buat seorang isteri yang tumpang rasa gembira buat suaminya sendiri.

IKLAN

Mia Ahmad Jawab Kecaman Peminat Cium Suami

Namun, dia juga tidak terkesan dengan kritikan dan komen negatif netizen yang tidak senang dengan apa yang dia lakukan itu.

IKLAN

“Saya tidak pasti video itu viral sebab ‘sweet’ atau ramai yang kecam. Tapi kalau ada yang nak kecam suruh mereka periksa hati mereka semula,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mia juga turut mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT yang berjaya membawa pulang Piala Malaysia 2017 selepas menang 2-0.

Mia Ahmad Jawab Kecaman Peminat Cium Suami

“Ia perlawanan yang sangat baik, mereka memang layak untuk menang!,” ujarnya.

Bagi MH Online tiada salahnya untuk Mia Ahmad memeluk dan mencium suaminya, bahkan mereka sudah halal untuk bersama. Lagipun tindakan itu bukanlah keterlaluan yang boleh menjatuhkan maruah Mia sendiri.

Sumber : mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI