
Baru-baru ini MH baru sahaja terima sekeping gambar kiriman dari pengikut kami mengenai satu ‘surat’ dari mahkamah.
Namun bagaimanapun semua bahagian telah di tutup kecuali nama defendan yang jelas kelihatan nama pelakon Nurul Elfira Loy!
MH terkejut dengan apa yang kami terima dan lihat kerana tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja Elfira berhadapan dengan situasi ini.
Oleh kerana semuanya kurang jelas, kami beranikan diri bertanya kepada pengirim tersebut apakah maksud semua ini dan mengapa ada nama pelakon Elfira Loy.
Dengan ringkas, pengirim ini memberitahu kami semua ini kerana Elfira gagal menunaikan tugas.
“Setuju jadi duta, payment dah dibuat tetapi gagal melaksanakan tugas”
Di dalam surat berkenaan juga ada tertulis tiada kehadiran telah dimasukan oleh Defandan dalam tindakan ini dan Elfira diminta untuk membayar refund kepada Plantif.
Alamak, apa pula cerita ini ya? Apapun kita tunggu penjelasan daripada Elfira Loy!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tanya Apa Doa Mama Ketika Mengandungkan Lofa…,” – Hidayah Milik Allah, Ini Teks Si Ibu Di WhatsApp Buat Neelofa

Ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed ada menitipkan kata buat anaknya sejurus mendapat tahu bekas pengacara program MeleTop itu sudah mengenakan niqab.
Menerusi aplikasi WhatsApps, teks tersebut turut dikongsikan kembali Neelofa di Insta Stories miliknya.
Dalam rasa gembira dalam syukur, Kartini memberitahu dia rasa sebak, sedih dan tidak dapat menjelaskan apa yang terbuku di dalam hati.
“Love (Lofa) tiba-tiba jadi sebak, sedih dengan diri sendiri dan tak tahu nak cakap apa sebenarnya dalam hati. Hidayah milik Allah dan tak semua orang dapat hidayah tu termasuk mama.
“Banyak sangat teks, panggilan yang tanya apa doa-doa mama ketika mengandungkan Lofa sehingga Lofa berada pada tahap sekarang.
“Sedangkan, mama rasa banyak lagi kekurangan dalam mendidik anak dan kalau boleh nak ke masa lalu untuk mulakan kembali didik anak dengan lebih baik,” tulisnya.
Pada masa sama, Kartini turut mendoakan kesejahteraan anaknya itu sambil menyifatkan Neelofa sebagai permata hatinya yang tidak ternilai.
“Tapi apa pun, mama nak beritahu, terima kasih kerana jadi anak yang baik, penyejuk mata dan penyeri jiwa, penawar rohani, permata hati mama yang tidak ternilai.
“Mama love you so much bidadariku sayang,” titipnya lagi.
Terdahulu, Neelofa mengejutkan ramai apabila memuat naik beberapa keping fotonya di Instagram yang seolah-olah membayangkan dirinya kini sudah pun berniqab atau berpurdah.
View this post on InstagramA post shared by Neelofa (@neelofa) on
Menerusi satu kenyataan, Neelofa meminta ramai agar mendoakan yang terbaik terhadap perjalanan baharunya ini.
Keputusan yang diambil figura asal Kelantan ini juga disambut baik ramai termasuk rakan selebriti.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Meninggal Dunia Pada Usia 18 Tahun, Ibu Kongsi Keperibadian Allahyarhamah Hanna Kirana

Ibu kepada kepada pelakon sinetron Indonesia, Erlina Oktarini menyifatkan anaknya, Allahyarhamah Hanna Kirana sebagai permata hati yang baik dalam keluarga.
Memetik InsertLive.com, arwah juga gadis peramah dan sangat menyayangi adik beradiknya yang lain.
“Hanna boleh digambarkan sebagai anak yang baik di rumah. Dia seorang yang peramah dengan semua orang. Dia juga cukup sayangkan adik-beradiknya yang lain.
“Dia mungkin ada hasrat untuk membahagiakan keluarga, tapi hayatnya tidak panjang,” katanya seperti yang dipetik pada Rabu.
Menurut ibunya lagi, jenazah dimakamkan berdekatan pusara neneknya.
Dalam pada itu, Erlina yang reda atas pemergian anak tersayang turut mendoakan agar roh Hanna dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman.
“Doa dari mama untuk Hanna mudah-mudahan anak mama Hanna pergi dalam keadaan khusnul khotimah, kami semua sudah ikhlas kerana kami terlalu sayangkannya, dia anak yang baik,” titipnya lagi.
Terdahulu, media tempatan melaporkan bintang remaja itu dipercayai meninggal dunia akibat kegagalan pernafasan jantung di sebuah hospital di Bogor, Indonesia, Selasa malam.
Nama pelakon terbabit mula menjadi perhatian sekitar Jun lalu selepas menggantikan Lea Ciarachel dalam sinetron berjudul Suara Hati Istri: Zahra.
Sumber: InsertLive.com
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Hanya Luah Perasaan Kepada Allah, Bukan Di Media Sosial,” – Sheila Majid

Penyanyi legenda tanah air, Datuk Sheila Majid, mendedahkan dirinya hanya meluahkan segala perasaan dan keluh kesahnya kepada Allah SWT berbanding berkongsi di media sosial.
Menurut Sheila, terlalu terbuka berkongsi perasaan di media sosial bukan sahaja tidak membantu, malah ada ketikanya boleh memakan diri.
“Saya malu nak buat begitu. Nanti anak akan tanya apa kena dengan saya. Saya tidak akan meluahkan perasaan di media sosial tapi hanya kepada Allah SWT.
“Lagipun, orang-orang yang mendengar luahan kita di media sosial ini, boleh bantu kita ke? Atau hanya akan jadi bahan cerita untuk dijaja?
“Sebagai artis, kita kena bijak dan menggunakan platform media sosial sebaiknya. Jika kita berkongsi terlalu banyak, ada kalanya orang pun tak lalu nak tengok,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Sinarab itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media konsert Sheila Majid 40 Years In Music yang berlangsung di ibu kota pada Selasa.
Tambahnya, dunia media sosial hari ini jauh lebih mencabar berbanding era beliau dahulu yang lebih tertumpu kepada media tradisional seperti surat khabar, majalah dan televisyen.
“Setiap artis ada pilihan dan cara mereka untuk memasarkan diri masing-masing. Tiada betul atau salah. Namun, ini adalah pendirian saya tentang penggunaan media sosial.
“Apa sahaja yang anda kongsikan akan mendapatkan reaksi balas daripada netizen. Bukan semua orang suka kita. Jadi, kita kena berhati-hati dengan apa yang kita kongsikan.
“Jangan bagi ruang untuk orang kecam kita. Kini, semua orang ada pendapat. Dahulu, kisah artis ini hanya keluar di surat khabar dan orang ramai tak boleh komen sama ada mereka suka atau tidak.
“Jadi, kita kena kawal apa yang netizen akan nampak di media sosial. Kalau tak penting, tak perlu kongsi,” ujarnya lagi.
Konsert 40 Tahun, Fans Gen-Z Pun Sama Teruja!
Dalam pada itu, Sheila turut berkongsi keterujaan apabila bakal beraksi menerusi konsert Sheila Majid 40 Years In Music yang bakal berlangsung November depan.
Apa yang pasti, Sheila menyifatkan konsert ulang tahun ini sebagai satu detik istimewa dalam perjalanan seni yang bermula sejak tahun 1985.
“Ini adalah satu pencapaian dalam kerjaya saya selama 40 tahun. Rasa macam baru semalam saya minta izin daripada arwah ayah untuk menjadi penyanyi.
“Saya gembira kerana dalam tempoh ini, saya dapat buat apa yang saya suka. Saya tak pernah anggap kerjaya ini sebagai satu pekerjaan.
“Orang kata, 40 tahun itu satu tempoh yang lama tapi tidak bagi saya. Saya menikmati setiap perjalanan yang saya lalui.
“Saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong kerjaya saya selama ini terutama sekali buat para peminat,” kongsinya.
Malah Sheila turut terharu kerana kini sudah memiliki kelompok peminat muda, termasuk dari kalangan generasi Z, yang mengagumi muzik dan karyanya.
“Kini, saya juga punyai peminat gen-z. Saya ingatkan hanya mereka yang berusia 50 tahun ke atas dengar muzik saya.
“Ketika saya buat persembahan di salah sebuah festival muzik di Indonesia. Saya sangat terkejut dengan sambutan peminat-peminat muda di sana.
“Malah, anak saya juga terkejut bila rakan-rakan mereka turut kagum dengan saya. Tak sangka lagu Sinaran membuatkan mereka cari tahu semula lagu-lagu lama saya,” akhirinya.
Konsert Sheila Majid 40 Years In Music dijadualkan berlangsung pada 8 November ini di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Tiket akan mula dijual pada 17 Julai, dengan harga bermula dari RM268 (CAT 4), RM368 (CAT 3), RM468 (CAT 2), RM568 (CAT 1), RM668 (VIP), RM768 (VVIP) dan RM3,400 (Party Zone).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI