1. Datuk Jalaludin Hassan Sah Bergelar Suami

#MHBreakfast : 4 Update Hiburan Mungkin Anda Terlepas

Wah tahniah kami ucapkan pada Datuk Jalaluddin Hassan, dengan sekali lafaz dan penyerahan mas kahwin sebanyak RM 3000, Jalaluddin sah bergelar suami kepada Rapidah Abd Ghani.

Majlis telah diadakan di Masjid Bandar Tun Hussien Onn pagi semalam dan dihadiri kira-kira 100 tetamu yang hadir daripada ahli keluarha kedua belah pihak serta rakan-rakan terdekat.

MH Online difahamkan pasangan ini telah berkenalan di Facebook pada Ramadan yang lalu dan bertemu pada Aidilfitri dalam sebuah acara rumah terbuka.

Apapun MH Online doakan semoga hubungan ini kekal sehingga ke Jannah.

2. Hefny Di Kritik Kaku Dan Tiada Aura Mengacarakan Muzik-muzik32?

#MHBreakfast : 4 Update Hiburan Mungkin Anda Terlepas

Seperti yang semua tahu malam tadi, berlangsungnya pertandingan peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 di Tv3.

IKLAN

Walaupun ramai netizen memberi komen positif tentang rancangan ini, namun ada beberapa pihak yang mempertikaikan kredebiliti pengacara Hefny Saad.

Ada yang mengatakan dia terlalu kaku dan tiada aura untuk dijadikan sebagai pengacara.

#MHBreakfast : 4 Update Hiburan Mungkin Anda Terlepas#MHBreakfast : 4 Update Hiburan Mungkin Anda Terlepas  #MHBreakfast : 4 Update Hiburan Mungkin Anda Terlepas

Aduhhh kesiannya Hefny. Malah ada yang turut mempertikaikan mengapa pengacara ini kerap meletakkan tangannya di dalam kocek seluar. Adakah kerana terlalu gementar?

Mungkin ya, mungkin tidak. Tetapi apapun kami harap selepas ini Hefny akan lebih relax dan jangan terlalu ‘tertekan’ bila mengacarakan program gah seperti itu.

IKLAN

3. Goodbye Kak Engku…

#MHBreakfast : 4 Update Hiburan Mungkin Anda Terlepas

Selain Muzik-muzik 23, rancangan Gegar Vaganzar turut menjadi bualan hangat netizen apabila penyanyi serta pengacara Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku terpaksa akur membawa langkah sebaik sahaja diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.

Pada minggu ini, Raja Azura diberi tanggungjawab untuk menyampaikan persembahan dengan bertemakan “Berani Ke Idok?” dengan lagu berjudul Perhaps Perhaps Perhaps.

Apapun MH pasti ramai yang akan merindui kemunculan Kak Engku di musim seterusnya. Maklumlah, Kak Engku selalu menceriakan lagi keadaan sepanjang program tersebut berlangsung.

IKLAN

4. Yuna Kongsi Sedang Sibuk Dengan Persiapan Kahwin

#MHBreakfast : 4 Update Hiburan Mungkin Anda Terlepas

Wah, jarang-jarang sekali kita nampak Yuna ingin berkongsi kisah peribadinya di media sosial. Namun baru-baru ini, di Twitter Yuna ada memaklumkan dia baru sahaja beli kain untuk baju perkahwinannya.

Tweet tersebut telah membuatkan ramai pengikutnya teruja dan rasa tidak sabar untuk lihat bagaimana Yuna dengan persalinan baju pengantinnya.

Biarpun sehingga kini Yuna masih merahsiakan tarikh rasmi perkahwinannya bersama pasangannya namun perkongsian ‘kecil’ ini cukup membuatkan peminatnya kegembiraan.

Apapun MH doakan agar segala urusan atau apa sahaja persiapan yang sedang dilakukan dipermudahkan dan kami pun dah tak sabar nak tengok Yuna di pelamin!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI