Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Baru-baru ini kita telah mendapat perkhabaran bahawa penyanyi wanita, Ezlynn telah memfailkan penceraian terhadap suaminya, Adam Fahmy Shamsudin.

Sebelum ini kerjaya seni Ezlynn diuruskan sendiri oleh suaminya itu namun kini menurut sebuah portal hiburan, karier seni Ezlynn tidak lagi diuruskan oleh Adam.

Jelas Ezlynn, kini tugas untuk menguruskan kerjayanya diserahkan kepada Indigital Music.

“Sudah tiga bulan pihak Indigital Music membantu menguruskan karier seni tanpa mengikat kontrak.

“Keputusan ini dibuat kerana suami sibuk dengan kerja lain. Saya tak rasa kekok diuruskan orang lain kerana sudah biasa membawa diri,” katanya.

Bertanya pula tentang bagaimana hubungannya kini bersama suaminya, Ezlynn berkata bahawa hubungan dia dan suami masih lagi baik walaupun sudah memfailkan perceraian.

“Kami tidak bergaduh dan bersikap rasional, cuma buat masa ini, kami tidak bercakap. Apa pun, saya berharap dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik,” katanya.

Katanya lagi, rumah tangga mereka sudah tiga tahun dilanda masalah.

Semoga masalah yang melanda rumah tangga mereka dapat diselesaikan dengan baik.

Laporan akhbar terdahulu;

SPEKULASI keretakan rumahtangga penyanyi, Ezlynn akhirnya terjawab apabila penyanyi lagu Hai Hai Bye Bye itu memfailkan permohonan cerai.

Dia memfailkan tuntutan tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada awal Januari lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984.

Bagaimanapun suaminya, Adam Fahmy Shamsudin tidak bersetuju dan enggan bercerai secara baik.

Justeru, Hakim Syarie, Mohamed Hizwan Mohamed Nor memerintahkan agar Ezlynn selaku plaintif dan Adam melantik Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Penyanyi Ezlynn atau sebenarnya Azline Ariffin, berkahwin dengan pengurus peribadinya, Adam Fahmy Shamsudin pada November 2011.

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "