Elly Mazlein mendedahkan masih terlalu awal baginya untuk bercerita mengenai soal kehamilan.
Bintang berkenaan tampil menjawab desas-desus mengenai hal tersebut memandangkan dia kini kelihatan jarang memuat naik foto Outfit of the Day (OOTD), hingga menimbulkan spekulasi peminat.
Elly atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Lina menerusi Harian Metro menjelaskan, masih terlalu awal untuknya berkongsi.
“Kalau dah okay, dah kuat, dah sah, Kak Lina akan kongsikan. Masih awal lagi untuk bercerita pun,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, bintang drama Kampung People itu juga memohon doa ramai agar mendoakan kesejahteraan serta dikurniakan rezeki cahaya mata buatnya secepat mungkin.
Ads
“Doakan Kak Lina ya. Kalau ada berita mengenai kehamilan, Kak Lina akan kongsikan. Jadi, doakan kesejahteraan dan semoga dikurniakan rezeki cahaya mata,” katanya lagi.
Pernikahan Elly dan Azlan adalah yang kedua dan menerusi perkahwinan terdahulu, penyanyi Bungaku Bakawali ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia.
Ads
Elly dan suaminya, Mohd Azlan Che Noh mendirikan rumah tangga Januari lalu di Kuala Lumpur.
Bagi memberikan kelainan, Siti Nordiana yang bakal muncul dengan single terkini berjudul Angkara ada memberikan buah tangan yang cukup istimewa buat para peminatnya.
Sebelum melancarkan single hasil ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Fedtri Yahya dan dirinya sendiri itu, bintang yang sinonim disapa Nana terlebih dahulu menghadiahkan peminat dengan video muzik (MV) Angkara yang dipersembahkan dalam bentuk drama pendek.
Drama pendek hasil sentuhan Khairul Hazwan itu mengandungi empat episod yang mana pada episod akhir segala persoalan bakal terjawab.
Menariknya, episod keempat itu juga adalah MV penuh Angkara.
Episod pengenalan sudah pun ditayangkan 3 Julai lalu di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.
Menurutnya, idea tersebut timbul selepas melihat anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 12, yang suka menonton filem pendek di YouTube.
“Saya terfikir saya tak pernah buat macam ini, selalunya ‘countdown’ saja dan terus keluar video muzik penuh. Bagi saya ia sudah biasa. Jadi, kali ini saya nak bagi ‘extra’ dan drama sikit pada peminat.
“Dalam video muzik ini peminat kena menonton drama pendek dulu baru boleh tahu video penuh.
“Saya mendapat idea ini sebab anak suka menonton drama dan filem pendek di YouTube. Dari situ saya cuba untuk gunakan konsep sama dalam video muzik kali ini,” katanya.
Nana yang juga pelakon Dia Semanis Honey berkata, idea jalan cerita yang dipaparkan adalah inspirasi daripada kisah masalah rumah tangga yang banyak dipaparkan dalam drama atau filem.
“Pada mulanya saya memberi idea jalan cerita kepada pihak produksi. Mereka suka dan kami terus melakukan perbincangan untuk menambah baik lagi. Dengan bantuan pengarah, syarikat 1711 Music dan syarikat saya sendiri, maka terhasillah video muzik ini.
“Disebabkan banyak pihak terbabit, jadi saya perlu mendapatkan pandangan mereka juga. Baharulah orang kata ada variasi,” katanya.
Teristimewa buat peminat Nana juga, MV Angkara ini turut menampilkan pelakon popular, Fikry Ibrahim.
“Pengarah kalau boleh nak muka ‘bad boy’ dan ala-ala ‘playgirl’. Kebetulan saya dan Fikry pun baik. Dia kawan yang sangat mudah nak bekerjasama. Berurusan dengan dia pun senang dan tak banyak kerenah.
“Pendek kata, dia sangat memudahkan kerja. Walaupun ada yang cakap kenapa Fikry lagi, sebab dalam video muzik Hatiku Milikmu turut menggunakan Fikry. Tapi, disebabkan seronok bekerjasama dengan Fikry, jadi kenapa tidak kami bekerjasama semula.
“Dia pelakon yang sangat memberi. Kalau tengok drama pendek ini macam-macam rasa ada,” katanya.
Seterusnya, episod kedua bakal ditayangkan pada 8 Julai dan ketiga pada 13 Julai ini, jam 9 malam di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.
Sementara itu, video muzik penuh bakal dilancarkan secara rasmi pada 17 Julai. Serentak dengan itu, dilancarkan juga lagu Angkara.
Beberapa foto berkenaan Angkara turut dimuat naik Nana di Instagram miliknya.
Setelah hampir 9 bulan bergelar ibu, penyanyi Kaka Azraff ada berkongsi cerita tentang perihal anaknya, Aslan Adam menerusi akaun Instagram.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Sibuk itu mendedahkan anaknya bersikap seperti seolah-olah tidak boleh berjauhan dengan dirinya dan mahu bersama hampir setiap masa.
Lalu, penyanyi berusia 31 tahun ini memohon bantuan daripada peminat untuk berkongsi tips bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh dirinya.
“Mommys, mcm mana buat if anak clingy sangat? Aslan is 9months now , and dia sangat2 clingy. If orang dukung, i depan dia pun dia nangis.
“How la like this?? Help me. Share with me some tips pleaseeee,” tulisnya.
Menjengah diruangan komen, rata-rata peminat turut berkongsi beberapa tips atau cara yang boleh dilakukan oleh Kaka.
Untuk rekod, Kaka telah mendirikan rumah tangga bersama Adam Azriff pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aslan Adam pada 11 Oktober lalu.
Foto: Instagram Kaka Azraff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Impian pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew untuk membuka beberapa buah pasar raya bagi membantu golongan yang memerlukan mendapatkan barangan keperluan kini sedang memasuki fasa akhir.
Berkongsi di laman Instagram, Ustaz Ebit memberi tahu, pasar raya yang diberi nama Elewsmart bakal memulakan operasinya di Bandar Baru Bangi bermula 18 Julai 2020 manakala di Kajang pula pada 19 Julai 2020.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa buat usaha murni Ustaz Ebit itu selain turut mencadangkan supaya keutamaan diberikan kepada mereka yang amat memerlukan.
Difahamkan, Ustaz Ebit bakal membuka lapan lagi buah cawangan pasar rayanya itu dalam masa yang terdekat.
Sumber: Instagram Ustaz Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dunia hiburan Hollywood dikejutkan dengan berita kematian pengarah dan pelakon tersohor, Rob Reiner, bersama isterinya, Michele Singer Reiner, yang ditemui meninggal dunia di kediaman...