Kembali hangat kisah suami isteri antara panyanyi , Muhammad Hafiz Hamidun dengan usahawan kosmetik Joy Refva atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin apabila keputusan mahkamah telah memutuskan perceraian antara Joy dan bekas suami, Datuk Rayos Abdul Rahim adalah sah.

Baru-baru ini, Hafiz, 33 telah menfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 1984.

Hafiz selaku plaintif hadir bersama peguamnya, Datuk Mohd Azmi Rais menamakan Siti Arifah Mohd Amin, 30, sebagai defendan.

Ketika ditemui Sinar Harian, Hafiz telah membuat keputusan untuk menceraikan isterinya pada dua hari yang lalu.

Menurut Hafiz, alasan untuk menceraikan Joy adalah kerana tiada persefahaman untuk meneruskan kehidupan sebagai suami isteri.

IKLAN

‘Joy Menyusahkan Saya’ – Hafiz Hamidun

Dalam masa sama, pelantun lagu Kasih Padamu itu mendakwa Joy melawan dan mengingkari suruhannya sebagai suami, serta menjatuhkan imej dan reputasinya di media sosial.

“Joy juga menyusahkan saya selepas bernikah kerana gagal memberi sijil cerai dengan bekas suami yang menyebabkan status penceraian mereka hanya diselesaikan 10 Oktober lalu,” katanya.

Malah, Hafiz juga berkata enggan melayan segala yang diperkatakan Joy berkaitan dirinya di media sosial.

IKLAN

Bagaimanapun, Hafiz tidak teragak-agak untuk mengambilkan tindakan saman sekiranya Joy masih mengeluarkan kenyataan negatif berkaitan dirinya.

Sementara itu mahkamah menetapkan 25 Oktober ini untuk prosiding permohonan cerai itu.

IKLAN

Terdahulu, Hafiz dan Joy disatukan pada 1 Mei 2017 yang lalu.

‘Joy Menyusahkan Saya’ – Hafiz Hamidun

Sumber : Sinar Harian, Teks Oleh: Siti Azielah Wahi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI