Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Difahamkan plakon cantik, Izara Aisyah akan menamatkan zaman bujangnya pada 17 November depan dengan kekasih hatinya, Adib Khalid.

Menurut satu sumber, Adib yang merupakan anak tiri kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Siti Nurhaliza memberitahu bahawa mereka bakal disatukan pada bulan hadapan dan majlis akan berlangsung secara tertutup yang hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat. 

Adib memberitahu lagi, ketika ini mereka sedang sibuk menyiapkan segala persiapan ntuk majlis yang bakal berlangsung dan buat masa ini semuanya berjalan dengan lancar.

“Doakan majlis kami berjalan sempurna seperti mana yang kami rancangkan,” kata Adib lagi.

Menerusi akaun Instagram ibu kepada Adib, Tengku Zawyah Tengku Izham, semalam beliau ada memuatnaik gambar mereka sekeluarga sedang membuat ‘food tasting’ untuk majlis persandingan Adib dan Izara.

“Food tasting for Adib n Izara’s wedding reception @zainimj @uyah2109 @littlefaiz @ctdk @adib_khalid @asyrafkhalid @tyaarifinnw @arifjiwaasyraf,” tulis Tengku Zawyah.

A post shared by teezac (@teezac) on

Rata-rata pengikut Tengku Zawyah telah mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segala perancangan berjalan dengan lancar.

tienaviolet: Tak sabar nak tengok..Apa2 pun semoga dipermudahkan ..Aamiin.. ^Both serasi^..Adib & Izara

hayatisalleh55: Congrats Tengku, dpt menantu lagi…

yan_syafanudin: Tahniah

Semoga segala perancangan menuju hari bahagia dipermudahkan dan perkahwinan yang dibina sentiasa dirahmati ALLAH SWT.

Sumber: Utusan Online & Instagram Tengku Zawyah

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: