Select Page

Tidak lama lagi akan bersiaran drama Red Velvet lakonan Alif Satar bersama pelakon dan pengacara wanita, Neelofa.

Dikatakan drama ini akan bersiaran selepas drama Mencintaimu Mr Photographer melabuhkan tirainya.

Menurut Astro Gempak, isteri kepada Alif Satar, Shadila mengakui bahawa dia gembira setelah mendapat tahu suaminya akan digandingkan bersama Neelofa.

“Saya sebenarnya gembira untuk Alif bila dia beritahu akan bergandingan dengan Neelofa, saya percaya ia bakal jadi satu fenomena yang hebat sama seperti Lofatttah sebelum ini,” kata Shadila.

Isteri Alif berkata lagi, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan perkara ini sebaliknya dia berharap gandingan suaminya bersama Neelofa akan membuka mata produser-produser dengan bakat yang dimiliki oleh Alif.

“Saya tidak ada masalah dengan itu, kerana saya percaya dengan Alif kerana dia bekerja secara profesional.

 

“Saya harap dengan gandingan ini, ramai produser buka mata dengan bakat Alif dalam lakonan,” katanya lagi.

Shadila ditanya lagi dengan soalan, adakah dia bersedia sekiranya ada gosip yang timbul antara suaminya bersama Neelofa.

“Gosip itu biasa dalam dunia artis, pada saya saya tidak risau mengenainya kerana saya percaya dengan Alif.

 

“Sebelum ini pun ketika dia berlakon dalam Dia Semanis Honey, Alif selalu bawa saya berjumpa dengan Siti Nordiana sehinggakan kami jadi kawan rapat,” jelasnya.

Katanya lagi, dia tahu bahawa Alif bekerja dengan ikhlas.

Alif dan Neelofa akan menjalani sesi penggambaran pada hujung bulan ini.

Sumber: Astro Gempak

Comments

error: