Semalam kita dikejutkan dengan satu portal yang melaporkan pelakon wanita, Rita Rudaini kini sudah kembali bersama bekas suami pertamanya iaitu Akbar Sari yang merupakan hos TV dan pengulas sukan di saluran Astro Arena.

Namun melalui perkongsian Rita di akaun Instagramnya menafikan perkara ini serta meminta portal hiburan yang bertanggung jawab ke atas cerita tersebut memohon maaf kepadanya secara terbuka.

Menerusi kapsyen Rita pada perkongsiannya itu, dia meminta pihak terlibat memohon maaf kepadanya serta keluarga secara terbuka dalam masa 24 jam.

IKLAN

“Kpd Blogger ini..sy bg masa dlm 24jam..klau x mohon maaf secara terbuka kpd sy dan family,sy akan saman…bukan susah nk cari sape di sebalik blog ni…sy xsuka ckp byk n xsuka maki hamun org � tp sy seorg wanita yg BERANI ✌�️….dlm masa 24JAM ye! MOHON MAAF SECARA TERBUKA DAN BERTULIS SEKALI KPD SY DAN FAMILY!

 

“P/S :TO BLOGGER,SILA MOHON MAAF SECARA TERBUKA BUKAN HANYA DI BLOG SAHAJA TETAPI MELALUI SURAT KHABAR..TULISAN ANDA TELAH MEMBUAT IMEJ DAN MARUAH SAYA,KELUARGA SY DAN KEDUA2 BELAH PIHAK TERCALAR,” tulis Rita.

IKLAN

Dan melalui pemerhatian di blog tersebut, mereka telah membuat permohonan maaf kepada Rita.

IKLAN

Semoga perkara yang terjadi ini diambil sebagai iktibar buat semua agar tidak menyampaikan berita tidak sahih kepada orang ramai kerana ianya mungkin akan memberi respon negatif daripada netizen kepada mangsa.

Sumber: Instagram Rita Rudaini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI